Malaysia yang terkenal diserata dunia kerana memiliki antara bangunan tertinggi di Dunia malah pelbagai kemudahan yang telah disediakan kepada rakyatnya namun tidak kepada kawasan luar bandar.
Institusi persekolahan di kawasan bandar semakin maju seiring teknologi dan zaman namun institusi persekolahan yang berada di kawasan di luar kawasan seperti kampung dan pendalaman masih belum mendapat perhatian dan kemudahan terutama di kawasan pendalaman Sabah dan Sarawak yang masih lagi tidak memiliki kemudahan yang sepatutnya.
Di kawasan bandar terdapat banyak kemudahan disediakan malah mempunyai bas dengan harga istimewa untuk pelajar sekolah namun bebeza bagi kawasan pendalamn yang mana pelajar perlu mengharungi cabaran setiap hari semata- mata untuk menuntut ilmu.
Baru-baru ini tular di media sosial beberapa keping gambar yang memperlihatkan pengorbanan pelajar yang perlu meniti jambatan gantung usang ke sekolah sekali gus mencetuskan kebimbangan netizen dan juga kecaman daripada netizen kepada pihak terbabit yang bertanggungjwab atas pembinaan jambatan tersebut.
Dalam imej tersebut dikongsikan oleh Bernama memaparkan kanak-kanak berpakaian sekolah sambil membawa beg bertarung nyawa ketika mereka cuba menyeberangi sebuah jambatan gantung usang yang kelihatanya telah rosak dan lusuh .
Kesemua kanak-kanak itu merupakan pelajar SK Sibugal Besar di Sandakan yang terpaksa menyeberangi jambatan usang berkenaan pada hari pertama sesi persekolahan mereka .
Dapat dilihat dan merasa bahawa pelajar-pelajar ini dengan penuh berhati-hati meniti jambatan tersebut kerana sudah kehilangan sebahagian besar daripada papannya.
Melihat kepada keadaan tersebut, netizen tidak ragu-ragu untuk memberikan reaksi negatif dan berpendapat bahawa kanak-kanak pada era ini tidak sepatutnya mengharungi kepayahan sebegitu kerana negara sudah maju.
Malah para netizen mempersoalkan bagaimana perkara seumpama itu masih berlaku di Malaysia dan meluahkan rasa marah terhadap pihak berwajib kerana gagal menyediakan infrastruktur yang sepatutnya kerana ia melibatkan nyawa rakyat setempat yang sememangnya menggunakan jambatan tersebut sebagai kemudahan.
“Ini bukan Demi Menuntut Ilmu, ini namanya MP TAK BUAT KERJA. Jangan normalkan amalan buruk bertunggangkan pelajaran atau agama. Ini salah dan selamanya salah. Kita bukan tahun 1970, ini 2022!”
Perkara ini turut mendapat keluhan daripada salah seorang nelayan di situ yang menyatakan tentang kerisauannya kerana di dalam sungai tersebut mempunyai buaya yang sememangnya bahaya dan memakan manusia jika tidak bernasib baik.
Penduduk setempat hanya mampu membaiki jambatan tersebut dengan mengganti papan lama agar lebih selamat dan tidak merbahaya kepada semua golongan yang menggunakan kemudahan itu.
KPLB jawab isu jambatan usang
Penularan isu tersebut telah mendapat perhatian daripada Kementerian Pembangunan Luar Bandar ( KPLB ) yang mana pihak berkenaann telah memberi maklumbalas berkenaan jambatan tersebut.
Memberi penyataan bahawa tindakan segera akan dilakukan bagi menangani perkara tersebut dan sedang memohon peruntukan kerajaan untuk membaiki sepenuhnya jambatan gantung berkenaan bagi kemudahan penduduk setempat bagi mengelakkan kecelakaan dan kejadian yang tidak diinginkan.
Sebelumnya terdapat tiga orang pelajar telah cedera selepas terjatuh ke dalam sungai ketika sedang menyeberang jambatan gantung berkenaan bagi mendapatkan rangkaian internet untuk mengikuti kelas dalam talian di Kampung Gusi, Ranau pada November 2020.
Sabah merupakan negeri yang penuh dengan sumber alam dan pusat pelancongan yang cukup hebat di mata dunia. Diharapkan perkara ini dapat diselesaikan dengan segera.