Neymar Belum ‘Move On’!


Neymar masih sukar menerima hakikat bahawa perjalanan Brazil dalam Piala Dunia tersekat sambil mendedahkan hatinya masih remuk.

Pasukan pilihan kejohanan itu disingkirkan dalam kempen di Qatar oleh Croatia menerusi penentuan sepakan penalti berikutan perlawanan berakhir 1-1 selepas masa tambahan.

Neymar Belum ‘Move On’! 1

Neymar yang meledak gol menarik pada masa tambahan tetapi tidak mengambil penentuan sepakan penalti dalam kekalahan 2-4 dan sekembalinya ke tanah air beliau menulis di Instagram bahawa fikirannya dimusnahkan oleh kekalahan itu malah dilanda kekecewaan berganda.

Sila Baca Disini : Ronaldo Pecahkan Rekod Legenda Malaysia!

Neymar Belum ‘Move On’!


“Di bumi Brazil, keperitannya terasa amat dasyat kerana tewas dengan jurang yang sangat dekat,” tulisnya.

“Saya masih belum belajar untuk menerima kekalahan. Kekalahan menjadikan saya lebih tabah tetapi ia terlalu menyakitkan saya dan saya masih belum dapat membiasakan diri.

“Apa pun, kami perlu teruskan perjuangan. Kehidupan akan menggerakkan kita walaupun ia menyakitkan dan luka itu akan mengambil masa untuk sembuh, kami perlu terus berjuang.

Neymar Belum ‘Move On’! 2

“Sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakyat Brazil atas sokongan dan kasih sayang mereka. Mendengar luahan mereka bahawa kami berjuang hingga minit terakhir melegakan sedikit keperitan kami.

“Terima kasih Qatar atas segala-galanya. Trofi itu indah dan Brazil patut dimahkotakan kejuaraan tetapi takdir tuhan adalah sebaliknya.”

Timbul spekulasi bahawa edisi ini akan menjadi Piala Dunia terakhir buat Neymar yang berusia 30 tahun, namun beliau enggan mengulas lanjut.

Neymar menambah di Instagram: “Kami akan teruskan. Sekarang adalah untuk berehat, mengambil kesempatan berada di samping keluarga dan rakan-rakan, mengembalikan semula tenaga kami memandangkan kekalahan ini sangat sukar untuk dilupakan, ia masih amat menyakitkan saya.”


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3