Home » Isu Semasa » Netizen “Usik” TMJ Atas Kekalahan JDT Dan TMJ Balas Dengan Selamba.

Netizen “Usik” TMJ Atas Kekalahan JDT Dan TMJ Balas Dengan Selamba.

 

Kelmarin Piala Malaysia telah melabuhkan tirai dengan kemenangan penuh bersejarah apabila pasukan Kuala Lumpur City (KL City) berjaya menjulang trofi Piala Malaysia buat kali keempat dalam sejarah kelab tersebut.

Pasukan tersebut telah menjadi perhatian dan viral apabila sangat berusaha untuk memastikan kejuaraan selepas menamatkan kemarau selama 32 tahun untuk membawa pulang piala tersebut.

Di atas kemenangan tersebut, pasukan The City Boys juga bakal diberikan slot automatik untuk beraksi dalam Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) pada musim hadapan.

Dalam kemeriahan menjulan trofi juara dan kemenagan tersebut , terdpat juga pasukan yang mengalami kekecewaan apabila kalah pada malam tersebut.

Terdapat banyak hantaran di medial sosial tidak kira Facebook, Instagram dan juga Twitter yang membicarakan tentang kekalahan JDT dengan Kl City walaupun perlawanan sudah berakhir dan meninggalkan kenangan yang tidak dapat dilupakan.

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

Dalam pada itu , terdapat satu hantaran di Twitter daripada seseorang yang nampaknya sengaja mengusik dan dikatakan telah menyinggung Tunku Mahkota Johor (TMJ) iaitu Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang merupakan pemilik kelab JDT.

Dia yang berani memberi hantaran dengan caption ketawa dan beberapa perkataan dengan menanda nama TMJ pada post berkenaan kerana JDT tewas kepada KL City.

Malah terdapat juga komen yang tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut dan memberi tohmohan di ruangan komen, rata-rata netizen dilihat turut mengecam tindakan individu tersebut .

TMJ yang nampaknya tidak mungkin berdiam diri akibat ditandakan namanya , dilihat terus membalas hantaran tersebut di Twitter miliknya itu dengan penuh tenang serta telah mengaitkan segala kejuaraan Harimau Selatan dan kehebatannya bagi memberikan tindak balas kepada hantaran pemuda tersebut.

TMJ yang nampak tenang dan tidak terlalu mengambil hati tentang kekalahan JDT dikatakan tidak jadi untuk bersara tahun depan dan perlu melakukan banyak tugas dan akan berberlanja untuk cabaran pada tahun hadapan. Dikatakan kekalahan dalah kerana pasukan JDT kerana terlalu selesa dan tidak memandang serius tentang kelebihan pasukan lawan.

 

Penafian – Semua artikel portalamalaysia kongsikan dihalaman ini sekadar tutorial dan rujukan ringkasan yang related dengan “Netizen “Usik” TMJ Atas Kekalahan JDT Dan TMJ Balas Dengan Selamba.” ini sahaja. kami tidak ada kaitan dengan government agency atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, segala rujukan berpandukan sumber official dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!