Netizen Perli Belakang Badan Nampak ‘Jantan’, Sajat Mengaku Dirinya Pondan


Usahawan kosmetik, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman kini menetap di Australia. Walaupun sudah tiada di Malaysia, Sajat masih aktif berhubung dengan pengikutnya di media sosial dan sering mengadakan sesi ‘live’ di akaunnya.

Baru-baru ini, video semasa sesi ‘live’ yang dilakukan oleh Sajat menjadi viral di media sosial dan mendapat perhatian ramai. Semuanya gara-gara pengakuan Sajat yang akhirnya mengakui dirinya memang transgender dan tidak lagi menyembunyikan identiti sebenar.

Video di bawah


Menerusi video yang dimuat naik ini, netizen telah menyindir usahawan tersebut apabila badannya kelihatan seperti lelaki jika dilihat dari belakang. Mungkin berang dengan sindiran itu, Sajat kemudiannya mengakui dia memang lelaki seperti yang diperkatakan ramai.

@sajatlegacymemang kita pondan pun♬ original sound – sajjadzaman

Pengakuan Sajat ini kemudiannya menjadi bualan ramai di media sosial di mana rata-rata terkejut apabila usahawan itu tidak lagi menyembunyikan jantina sebenar. Pada masa yang sama, ramai yang beranggapan bahawa Sajat kini seolah-olah boleh menerima kenyataan itu selepas berhijrah ke luar negara.

Melihat ruangan komen, kebanyakan netizen turut terhibur melihat pengakuan yang diberikan oleh Sajat. Malah, video yang dimuat naik itu turut menjadi viral dan mendapat tontonan lebih empat juta tidak sampai sehari selepas ia dikongsi.


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3