Netizen Kecam Aksi Goyang Dan Tepuk Punggung Pengasas Produk Di Khalayak Ramai


Tidak pernah senyap dengan kontroversi sejak kemunculannya , baru – baru ini video yang dikongsikan Kak KM mendapat kecaman netizen lagi apabila memuat naik video tentang beberapa pengasas produk seperti  Datuk Seri Vida, Ifa Raziah dan Cheta Pot Pet yang mana mereka disuruh menayangkan punggung mereka di khalayak ramai.

Liana Rosli yang juga anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri sememangnya sering berkongsi aksi seksi dan menarik perhatian tidak kira dimana dia berada.

Kesemua pengasas ini sudah kerap kali dilihat meluangkan masa bersama dan juga melakukan aktiviti bersama sambil mempromosikan produk mereka di media sosial.

 

Namun kali ini mereka dikatakan sengaja menimbulkan rasa kurang senang orang ramai apabila Kak KM bertindak menepuk punggung kesemua pengasas berkenaan seolah-olah mahu ‘menguji kehebatan aset’ mereka dan memuat naik video berkenaan di media sosial.

“Punggung siapa yang paling mencengkam sekali, kita tengok! Jadi siapa nak dapatkan punggung paling ‘aum’ sekali, korang kena datang,” selorahnya lagi.

Tidak mendiamkan diri sahaja , para netizen mula memberikan komen diposting berkenaan dengan pelbagai kecaman yang menyakitkan mata hingga ada yang menuduh mereka sengaja mahu mencetuskan kontroversi demi melariskan produk.

Malah ada menyifatkan aksi berkenaan seperti wanita tidak bermaruah dan menyifatkan pengasaa berkenaan semakin melampau dalam menaikkan nama mereka di media sosial sehingga memalukan diri sendiri.

Walaupun menerima banyak kecaman daripada netizen yang tidak menyukai pengasas berkenaan tetapi masih ada segelintir yang masih mendoakan agar mereka semua akan diberikan hidayah dan berubah pada masa akan datang.

Meskipun mereka terkenal dengan sikap yang sangat menyantuni ibu bapa dan sayangkan keluarga malah sering tampil dalam membantu orang yang memerlukan namun itu tidak menjadi tiket untuk berbuat perkara tidak senonoh seperti itu.

 

 

Semoga mereka menjadi yang lebih baik pada masa akan datang kerana tidak perlu mempromosikan produk dengan cara seperti itu kerana keberkesanan produk terletak pada kualitinya.


Malah produk mereka sudah popular dan mempunyai banyak pengikut di media sosial jadi tidak perlulah keterlaluan dalam melakukan sesuatu perkara kerana mungkin akan memakan diri pada masa akan datang.

Disclaimers – Semua yang kami kongsikan diatas merupakan panduan tutorial dan ringkasan artikel berkaitan dengan “Netizen Kecam Aksi Goyang Dan Tepuk Punggung Pengasas Produk Di Khalayak Ramai” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua rujukan berpandukan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia