Nerazzurri Benam Old Lady Demi Perlumbaan Piala Liga Serie A!


Carta Kedudukan Liga Seria A Masih Terbuka! Ikuti Berita Sukan Bola Sepak Disini.

Inter Milan berjaya menewaskan Juventus di Allianz Stadium, Turin dengan jaringan 1-0. Perlawanan yang penuh dengan drama itu menyaksikan Inter berjaya menghidupkan lagi peluang untuk mengejar piala liga.

Nerazzurri Benam Old Lady Demi Perlumbaan Piala Liga Serie A! 2

Jaringan penalti separuh masa pertama Hakan Calhanoglu sudah cukup buat juara bertahan Inter Milan memenangi perlawanan ini. Skuad Simone Inzaghi kini lebih yakin dalam mengekalkan kejuaraan walaupun ketinggalan 4 mata di belakang pendahulu liga, AC Milan.

Nerazzurri Benam Old Lady Demi Perlumbaan Piala Liga Serie A! 3

Dalam perlawanan ini, Juve mensia-siakan banyak peluang dalam tempoh pembukaan dengan pemain pertahanan veteran, Georgio Chiellini paling ketara gagal menyempurnakan peluang keemasan untuk menjaringkan gol. Serangan bertali arus Juve yang tiada penyudah itu akhirnya dihukum oleh Inter apabila Dumfries berjaya mendapatkan sepakan penalti pada masa kecederaan separuh masa pertama melalui VAR.

Nerazzurri Benam Old Lady Demi Perlumbaan Piala Liga Serie A! 4

Pasukan tuan rumah ternyata berang dengan pemberian sepakan penalti oleh pengadil namun keputusan itu tetap diteruskan. Namun drama bermula apabila Wojciech Szczesny menyelamatkan sepakan penalti Hakan Calhanoglu hanya untuk pengadil mengarahkan sepakan itu diambil semula. Pemain tengah Turki itu langsung menyudahkan peluang kedua sepakan penalti untuk gol pendahuluan kepada Inter.

Nerazzurri Benam Old Lady Demi Perlumbaan Piala Liga Serie A! 5

Gol itu ternyata tidak mengubah keseimbangan permainan walaupun Paolo Dybala dan Dusan Vlahovic kedua-duanya hampir menjaringkan gol penyamaan pada separuh masa kedua. Penjaga gol Inter bertindak cemerlang apabila berjaya menidakkan percubaan cantik Denis Zakaria apabila tepisan yang dilakukan menyebabkan bola hanya singgah di tiang.

Namun, tiada sebarang jaringan yang berjaya Juve lakukan walaupun mempunyai 23 percubaan ke arah gol berbanding Inter yang hanya melakukan 5 percubaan. Inter hanya mempamerkan aksi bertahan sehinggal wisel penamat ditiupkan dan meraih kemenangan yang diperlukan itu.

Nerazzurri Benam Old Lady Demi Perlumbaan Piala Liga Serie A! 6

Kekalahan liga pertama Juventus dari 16 perlawanan sejak November lepas menyebabkan mereka mengumpul 59 mata di tangga keempat liga, empat mata di belakang Inter yang berada di tempat ketiga liga.

“Sekarang kita boleh katakan yang Juventus telah ketinggalan dalam perlumbaan Scudetto. Kita sekarang mesti mencuba untuk mencari sebanyak mana mata yang boleh untuk mengekalkan kedudukan keempat liga. Tahun ini kita bermula dengan tidak baik namun ramai pemain yang telah meningkat naik serta menjadi pemain penting untuk pasukan. Perlawanan malam ini telah terbukti yang Inter lebih layak untuk memenangi liga.” ujar jurulatih Juventus, Massimilliano Allegri.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3