Home » Tempat Menarik » Dah Bole Melancong Ke Thailand, Tidak Perlu Kuarantin.

Dah Bole Melancong Ke Thailand, Tidak Perlu Kuarantin.

Negara Thailand telah membuka sempadan negaranya bermula 1 november 2021 selepas 19 bulan ditututp untuk aktiviti pelancongan dan telah menerima ribuan pelancong dari negara serta wilayah yang berisiko rendah.

Thailand yang merupakan pusat perlancongan yang sangat terkenal di seluruh dunia dengan makanan authentic dan juga pantai yang cantik malah terdapat banyak aktiviti menarik yang disajikan buat pelancong yang datang kesana. Malah matawang negara Thailand juga rendah berbanding negara lain.

Lapangan Terbang Suvarnabhumi di Bangkok kini kembali sibuk dengan kedatangan para pelancong antarabangsa yang tiba dengan menjalani saringan ketat sebelum diberi kebenaran masuk dan dibantu oleh kakitangan lapangan terbang yang bertugas.

Para pelancong yang sudah lengkap divaksin di bawah peraturan perjalanan bebas kuarantin, yang tiba melalui perjalanan udara perlu menjalani ujian kit COVID-19 di lapangan terbang dan akan menetap di hotel yang telah ditentukan pada 1 malam sahaja.

Pelancong dari negara dan wilayah yang dikecualikan dari kuarantin adalah Australia, Kemboja, China, Hong Kong, Jepun, New Zealand, Arab Saudi, Singapura, Indonesia, Amerika Syarikat, United Kingdom, India serta Taiwan.

Pelawat yang sudah lengkap mengambil vaksin dari negara serta wilayah tersebut, yang juga termasuk Negara Malaysia akan dikecualikan dari kuarantin dan boleh terus melakukan aktiviti apabila sampai di Thailand.

Beberapa Lapangan terbang utama di Thailand telah dibuka dan menerima pelancong dari seluruh negara mulai kelmarin.

Disclaimers – Semua artikel admin share dihalaman ini sekadar panduan dan rujukan ringkasan yang berkaitan dengan “Dah Bole Melancong Ke Thailand, Tidak Perlu Kuarantin.” sahaja. kami tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala hebahan berasaskan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes