Neelofa Umum Jual Inai Di Shopee, Stokis Dan Agen Kecewa Kena ‘Tikam Belakang’


Kalau sebut tentang produk inai, pastinya ramai yang mesti teringat tentang inai yang dikeluarkan oleh selebriti terkenal, Neelofa. Mana tidaknya, macam-macam kontroversi yang berlaku sebaik sahaja produk tersebut juga dilancarkan di mana ada pelbagai reaksi diberikan oleh pelanggan yang telah membelinya.


Baru Ini, nama Neelofa sekali lagi kini menjadi sebutan apabila satu IG Story yang telah dimuatnaik di Instagram miliknya menjadi bualan netizen. Menurut gambar yang dimuat naik itu, Neelofa sedang merakam gambar produk inai tersebut dan memberitahu ianya boleh dibeli di platform Shopee.

Pengumumannya itu kemudian terasa kurang senang netizen terutamanya para agen dan stokis yang menjual produk tersebut. Menurut mereka, tindakan Neelofa itu seakan-akan cuba ‘tikam belakang’

 

Agen dan stokis serta boleh juga membuatkan jualan mereka terjejas pada akhirnya

 

Bahkan para agen dan stokis juga menganggap ianya akan menganggu jualan mereka untuk menghabiskan stok yang sedia ada pada mereka. Keputusan Neelofa membuka jualan di platform Shopee juga dikatakan akan menyukarkan mereka apabila HQ sendiri sudah mula menjual produk tersebut dan bersaing dengan para agen dan stokis.

Sila lihat di ruangan komen juga, rata-rata netizen turut memberikan reaksi negatif melihat perkongsian tersebut. Malah ada juga netizen yang berkongsikan kesukaran mereka untuk menjual produk tersebut dan berasa menyesal menjadi agen dan stokis.

 

 

Disclaimers – Semua yang admin share dihalaman ini hanyalah panduan dan rujukan ringkasan artikel berkaitan dengan “Neelofa Umum Jual Inai Di Shopee, Stokis Dan Agen Kecewa Kena ‘Tikam Belakang’” ini sahaja. kami tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua hebahan berpandukan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.