Nasha Aziz Bakal Akhiri Zaman Bujang


Pelakon jelita yang kini sudah berusia 51 tahun tetapi masih bersendirian , Nasha Aziz mengesahkan kini dirinya sedang mengenali seorang jejaka sejak sembilan bulan lalu.

Dia juga berkongsi bahawa lelaki tersebut menepati ciri – ciri lelaki idamannya yang sudah lama dia impikan untuk menjadi pendamping dirinya .

“Saya memang dilamun cinta setiap hari. Saya memang mencari cinta setiap waktu. Cinta itu bukannya datang dari seorang lelaki dan wanita saja, tapi kita semua.”

“Kita sokong satu sama lain, cakap benda baik-baik, galakkan satu sama lain, itulah sifat-sifat keluarga Islam. Kita bersaudara.”

BACA INI : “Macam mana nak jawab fitnah di akhirat?” – Izara Aishah Tegur Netizen

“Insya-Allah, dia mungkin menepati. Apa pun, kita kena kenal lebih rapat, kan? Tapi, ruang untuk rapat itu, susah juga sebab baru sembilan bulan,” katanya.

Setelah tular di media sosial tentang seseorang yang sering menghantar bunga kepadanya setiap hari itu , Nasha juga mengakui bunga yang dihantar kepadanya itu adalah sebagai simbolik tanda ingatan tentang hubungan mereka.

Nasha Aziz Bakal Akhiri Zaman Bujang 1

“Simbolik bunga itu adalah mungkin supaya saya selalu mengingatinya. Saya adalah jenis orang yang, kalau melakukan sesuatu, saya akan lakukan sepenuh hati dan fokus dengan perkara yang menjadi tanggungjawab saya.”

Tarik Perhatian


“Mungkin agaknya, kerana sikap itu, dia yang ingin menarik perhatian saya memberi saya bunga,” selorahnya lagi.

Apabila ditanya mengenai perancangan dan hala tuju tentang hubungannya itu, Nasha sendiri berharap agar hubungan tersebut mendapat pengakhiran yang baik .

“Bila rezeki yang Allah beri, kita nak tahu ke mana arah tuju kita. Insya-Allah, mestilah ke arah yang baik,” katanya.

Nasha Aziz Bakal Akhiri Zaman Bujang 2

Nasha kini masih lagi berlakon dan menjadi model pilihan bagi jenama terkenal walaupun sudah berusia kerana memiliki wajah dan tubuh yang sempurna.

Sebelum ini dia dikatakan berehat sebentar dalam dunia seni namun kembali tampil dengan gaya yang lebih elegent dan masih memegang watak utama dalam drama dan filem serta bergandingan dengan pelakon lelaki yang lebih muda daripadanya.


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3