Home » Gosip Artis Malaysia » Namron Perjelaskan Isu Kongsi Gambar Yang Hampir Berbogel Di Media Sosial.

Namron Perjelaskan Isu Kongsi Gambar Yang Hampir Berbogel Di Media Sosial.

Kelmarin satu perkongsian daripada pelakon dan pengarah yang sering memprovok industri seni tanah air iaitu Nam Ron telah menjadi perhatian ramai apabila memuat naik fotonya separuh bogel dan yang lebih mengejutkan, Nam Ron yang dilihat tidak berbaju dan hanya menutup bahagian sulitnya menggunakan patung unicorn.

Dalam hantaran tersebut menjelaskan tentang rahsia kebahagiaan adalah apabila kita berbuat baik dengan semua orang tak kira siapa mereka. Berbuat baik tanpa mengira nama, pangkat dan juga darjat kerana semuanya adalah sama pada pengakhirannya.

Namun sebelum ini Nam Ron pernah memuat naik gambarnya separuh bogel tetapi hanya separuh badan sahaja yang ditayangkan yang mana tindakannya itu adalah secara sarkastik yang mana telah menyahut cabaran sebuah produksi yang mengenakan syarat untuk mengambil pelakon yang mempunyai jumlah pengikut sekurangnya 1 juta di media sosial.

 

Bagi perkongsian kali ini dia jelas kelihatan seperti berbogel dan pastinya mendapat reaksi pelbagai daripada rakan artis dan juga para netizen . Dalam pada itu dia telah memberi penjelasan mengenai gambar tersebut, Nam Ron berkata apa yang dikongsinya merupakan ujian untuk semua orang termasuk dirinya.

“Saya adalah ujian untuk tuan-tuan dan puan-puan. Kalian adalah ujian untuk saya. Semoga kita sama-sama lulus berdepan ujian.

“Dalam kehidupan ini, jangan hanya harap dipuji kerana dikeji juga ada kebaikannya. Pujian adalah racun sedangkan kejian adalah penawar untuk hati supaya kita sedar diri,” katanya.

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

Tidak berpuas hati dengan penjelasan tersebut , di ruangan komen rata-rata netizen mengakui terkejut dan merasakan kapsyen tersebut tidak sesuai dengan gambar berkenaan malah ada yang berpendapat tindakannya itu seolah mempersendakan Tuhan apabila bercakap tentang Allah tetapi memuat naik gambar seperti tiu.

Namun teguran seperti itu nampaknya tidak memberi sebarang impak kepada dirinya malah lebih kerap memeuat naik status yang seperti tidak menerima kenyataan bahawa perkongsinnya itu adalah satu kesalahan yang disengajakan untuk menarik perhatian ramai.

Perkara seperti ini segarusnya tidak terjadi kerana Namron bukanlah nama baru yang belum mempunyai nama tetapi sudah bertahun menceburi bidang seni dan juga dikatakan sebagai senior dalam bidang lakonan serta mengarah malah menjadi idola ramai pelakon baru dan juga lama.

Namron yang sememangnya pelakon yang hebat apabila sentiasa membawakan watak yang mampu memberi impak dan kesan kepada para penonton tetapi dikatakan masih dipandang sepi oleh pihak produksi kerana tidak mempunyai pengikut Ig melebihi 1 juta , setakat hari ini Namron hanya mempunya 118 ribu pengikut sahaja di Ig miliknya.

Industri sekarang lebih mementingkan jumlah pengikut di Instagram berbanding kualiti pelakon itu sendiri dan telah menjadi perbincangan hangat dan juga sentiasa diperdebatkan dalam industri seni tanah air.

Disclaimers – Semua yang portalamalaysia kongsikan diatas merupakan tutorial dan rujukan ringkasan yang related dengan “Namron Perjelaskan Isu Kongsi Gambar Yang Hampir Berbogel Di Media Sosial.” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan berasaskan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!