“Nampak Macam Anak Lebih Matang Dari Bapaknya”


Sebut sahaja nama Datuk Seri Aliff Syukri, pasti ramai yang tahu jutawan kosmetik itu sering mencetuskan kontroversi di media sosial sehingga mengundang pelbagai kritikan.

Baru-baru ini, perkongsian Aliff menarik perhatian apabila memuat naik video di aplikasi TikTok dia menari ‘Mr Popolo, DINO SONG’ bersama anaknya.

@aliffsyukriterlajaklarisManja kali bapak dia🤣🤣♬ Dino Song – Mr. Popolo

Menonton video itu, apa yang mencuri perhatian ramai ialah reaksi anak sulung usahawan itu, Ammar Ahyan yang kelihatan bersetuju dengan perangai bapanya. Menerusi video itu, Aliff yang sedang menari hampir menolak Ammar sehingga terjatuh.

Di ruangan komen rata-rata netizen memuji perwatakan Ammar yang dilihat lebih matang berbanding bapanya dan berkata, remaja itu amat bertuah kerana mempunyai bapa yang boleh bergurau.

Dalam pada itu, ada yang mengatakan anak sulung usahawan itu seperti ibunya, Datin Shahida mempunyai personaliti yang tenang.

“Nampak Macam Anak Lebih Matang Dari Bapaknya” 1

Sebelum ini, Aliff memberitahu seorang yang tegas dalam mendidik dan membesarkan anak-anaknya supaya menjadi orang yang berguna dan lebih baik dari dirinya.


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3