Nama Pele Perlu Diseluruh Dunia!


Presiden FIFA, Gianni Infantino mencadangkan kesemua negara yang bernaung di bawah badan induk bola sepak dunia itu mengabadikan nama Pele di stadium mereka.

Nama Pele Perlu Diseluruh Dunia! 1

Pemergian Pele cukup memberikan kesan kepada penyokong bola sepak dunia dengan legenda itu menghembuskan nafas terakhir selepas kejohanan Piala Dunia 2022 di Qatar berakhir.

Infantino yang menghadiri sesi penghormatan terakhir buat Pele di Brazil kemudiannya mencadangkan agar kesemua 211 ahli yang bernaung di bawah FIFA menamakan sekurang-kurangnya satu stadium di negara mereka dengan nama legenda Brazil itu.

Sila Baca Disini : Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 – Harimau Malaya Tenang ‘Belasah’ Singapura!

Nama Pele Perlu Diseluruh Dunia!


Hal ini kerana, Infantino mahukan generasi akan datang akan turut mengenali pemenang Piala Dunia tiga kali itu dan sedar akan kehebatan yang ada padanya.

“Saya meminta kesemua 211 ahli gabungan untuk mengadakan sesi tafakur selama seminit untuk mengenang pemergian Pele. Saya juga mahu mencadangkan agar kesemua ahli gabungan menamakan satu stadium di negara mereka dengan nama Pele.

Nama Pele Perlu Diseluruh Dunia! 2

“Saya rasa generasi muda di seluruh dunia, generasi akan datang perlu tahu dan mengenang siapakah Pele dan kebahagiaan yang beliau berikan kepada dunia.

“Dalam tempoh 20, 30, 50 atau 100 tahun, gol yang dijaringkan di Stadium Pele di mana-mana negara di dunia ini, dan ada orang bertanya siapakah beliau, [mereka akan] dengar mengenai pemain yang cukup, cukup, cukup hebat,” kata Infatino.

Cadangan Infantino ini nampak murni untuk meraikan pemain terhebat dunia namun ianya mungkin tidak disenangi oleh setiap negara terutamanya mereka yang tidak ada kaitan dengan Pele.

Apatah lagi musuh tradisi seperti Argentina, mereka lebih rela menamakan stadium mereka dengan nama Mario Kempes, Diego Maradona atau Lionel Messi daripada menggunakan nama Pele.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3