Nama Fauzi Nawawi Digam Stesen TV Gara-Gara Lawak Rogol.


Terdahulu tular dan  hangat diperkatakan apabila nama pelakon Fauzi Nawawi dan Syuk Sahar  terpalit dengan kontroversi pendedahan lawak rogol dalam sebuah program yang mana mereka kelihatan seronok apabila berborak dan bertanyakan tentang adegan rogol yang dilakukan dalam babak sesebuah drama.

Tanpa segan silu Fauzi Nawawi menceritakan babak tersebut bersama artis wanita yang terlibat malah menjelaskan aksi yang dilakukan dalam babak tersebut malah mendapt desakan daripada Syuk agar diceritakan dengan lebih detail.

Walaupun program itu telah melepasi siaran Tv tetapi telah mejadi viral kembali apabila ada yang menyiarkan program itu di media sosial malah telah mendapat kritikan yang sangat hebat daripada para peminat dan netizen terhadap semua yang terlibat dalam program tersebut .

Disebabkan kontroversi tersebut, Fauzi kini tidak lagi diterima di sebuah stesen televisyen (TV). Dia yang mengakui terkilan kerana dimaklumkan namanya telah disenarai hitamkan oleh banyak stesen Tv di Malaysia gara-gara isu tersebut walaupun sudah membuat permohonan terbuka kepada artis wanitan berkenaan malah telah memohon maaf secara live di Ig miliknya kerana telah menyinggung ramai wanita di luar sana tentang isu rogol tersebut.

Dia yang berkata “Sejujurnya saya rasa terkilan dan kecewa apabila nama saya banyak kali ditolak pihak stesen TV itu. Sebelum ini, tak pernah pun nama ditolak. Kalau sebab watak tak sesuai, saya faham. Tapi ini nama kena reject tanpa diberitahu apa kesalahan saya.

“Kalau betul pihak mereka nak banned saya, kenapa tak keluarkan kenyataan secara rasmi? Sekurang-kurangnya saya boleh buat keputusan untuk masa depan. Jika ada surat rasmi mengatakan nama saya disenarai hitam, boleh la saya rujuk KKMM atas dasar akta apa saya kena banned,” katanya.

Dalam pada itu, dikhabarkan pelakon berusia 48 tahun itu telah mengambil keputusan membawa diri ke Sabah untuk mencari peluang perniagaan demi menyara kehidupan ahli keluarganya dan meneruskan kehidupan selepas sering ditolak .

Dia yang memang terkenal membawakan watak antagonis dalam banyak drama dan memang menjadi pilihan para pengarah dan penerbit drama kerana sangat hebat dalam membawakan watak yang diberikan malah sangat berpengalaman dalam industri lakonan.

Banyak membintangi cerekarama Tv3 dan juga drama yang pernah menjadi trending dan juga mampu memberi inspiradi dan impak setelah menonton lakonannya yang cukup terkesan dihati penonton.

Fauzi yang mengakui dia tidak ingin bergantung rezeki kepada orang dan percaya pada rezeki yang ada malah telah mencuba menceburikan diri dalam bidang perniagaan apabila sudah membuka sebuah kedai di Sabah .

Bukan bermaksud untuk menarik diri daripada bidang lakonan tetapi dia mencuba untuk mencari peluang lain dan mencuba satu bidang yang lain , yang mana boleh mendatangkan hasil hari ini dan masa akan datang kerana masih mempunyai keluarga dan anak-anak masih bersekolah untuk disara.


Dia yang berkongsi bahawa berulang alik untuk menguruskan bisnesnya merasa teruja dan percaya pada rezeki yang ditentukan untuknya. Selain mencuba perkara yang berbeza selain lakonan dia dapat menimba ilmu dan merasai sesuatu yang baru dalam hidupnya.

 

 

Penafian – Semua artikel portalamalaysia share diatas merupakan panduan tutorial dan ringkasan artikel berkaitan dengan “Nama Fauzi Nawawi Digam Stesen TV Gara-Gara Lawak Rogol.” ini sahaja. kami tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua hebahan berpandukan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia