Amalan Untuk Penjagaan Tulang Belakang Agar Kekal Aktif Dan Sihat


Tulang belakang mempunyai fungsi yang sangat penting pada tubuh seseorang  . Adanya struktur tulang belakang yang tersusun sempurna, sihat dan kuat, sudah pastinya akan memperlihatkan postur tubuh seseorang itu tampil tegak dan menarik.

Namun begitu , ramai juga antara kita yang mengabaikan penjagaan tulang belakang dan tidak ambil pusing tentang penjagaan kesihatan kerana merasakan perkara tersebut tidak perlu.

Tulang belakang juga boleh cedera akibat daripada kesilapan sendiri dalam melakukan aktiviti harian dan berolah raga makan ianya harus diber perhatian agar tidak menyakiti diri sendiri dengan sengaja.

Angkat sesuatu benda yang berat

Contohnya ketika hendak angkat anak kecil dari paras lantai, pertama sekali jangan sesekali bongkokkan badan, sebaliknya bengkokkan lutut dengan badan yang tegak.

Jika tidak berbuat demikian, ini menyebabkan tulang belakang terpaksa menarik bebanan dengan tekanan tinggi dan boleh menyebabkan pinggang terseliuh atau kejang.

Meskipun anda yakin boleh angkat sesuatu objek, postur badan tetap perlu dijaga. Begitu juga ketika hendak menyimpan barang berat di tempat yang tinggi dan gunakan kerusi atau tangga.

Berdiri terlalu lama

Ganti posisi berdiri sekerap mungkin jika terpaksa berdiri dalam jangka masa lama. Contohnya ketika sedang menggosok baju. Ini perlu untuk menyeimbangkan dan mengganti tumpuan berat badan. Berdiri tegak, jangan membongkok dengan kepala tegak.

Berjalan

Berjalan dengan tegak, dengan kepala memandang ke depan dan punggung lurus. Berjalanlah dengan postur tegak, pandang ke depan(jangan terlalu menunduk ), dan hujung kaki menunjuk lurus ke depan (bukan berjengket).

Gunakan kasut yang selesa dan bertapak tipis dan elakkan berdiri dengan posisi yang sama dalam waktu lama. Jangan berjalan membongkok, dan kurangkan pengunaan kasut tumit tinngi jika tiada keperluan.

Duduk 

Contohnya ketika memandu, duduklah dengan tegak , tarik kerusi ikut keselesaan supaya kaki berada lebih dekat dengan pedal. Pastikan kedua-dua lutut selari dengan pinggul.

Sokong bahagian bawah punggung dengan penyokong tulang belakang. Jangan duduk terlalu jauh dari stering. Perhatikan kaki ketika menekan pedal. Jika terlalu jauh otot kaki boleh menjadi kejang dan memberikan tekanan kepada tulang punggung. Dalam hal ini, kaum wanita harus lebih prihatin.

Ketika duduk di depan komputer atau di depan tv terlalu lama, pastikan paha selari dengan lantai, jangan sampai lutut lebih tinggi dari paha atau angkat kaki lebih tinggi dari lantai.

Biarkan kedua telapak kaki berada rata di lantai dan punggung mendapatkan sokongan dari belakang kerusi.

Untuk lebih selesa, letakkan pelapik bergulung di bahagian bawah punggung. Pastikan anda melihat lurus ke depan, tidak menunduk atau melihat ke atas.

Posisi yang tidak selesa dalam waktu yang lama boleh menyebabkan kekejangan otot.

Baring

Walaupun manusia memang memiliki kebiasaan dan posisi keselesaan masing-masing. Namun, untuk menjaga tulang punggung dengan baik, pastikan tempat tidur cukup keras dan rata.

Ketika tidur dengan posisi mengiring, bengkok sedikit lutut, biarkan kedua lutut tersebut bertemu. Jika tidur terlentang, letakkan bantal kecil di bawah lutut.

Elakkan dari tidur meniarap, ini boleh menyebabkan tulang belakang sakit kerana postur tulang belakang melentur ke arah bertentangan.

Elakkan tidur di fabrik yang terlalu lembut seperti sofa, kerana ia tidak direka utk menyokong lengkungan tulang belakang.

Makanan Terbaik Untuk Tulang

Susu

Yogurt

Salmon

Telor

Sayuran




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3