Nak Harumkan Peti Ais? Guna Bahan Ni Je Ok


Peti ais digunakan untuk menyimpan pelbagai jenis bahan mentah dan juga bahan kering sehingga terkadang ianya mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan apabila dibuka dan terkadang meninggalkan bau pada makanan yang disimpan.

Bau yang terhasil daripada peti ais juga memberikan kesan kepada kualiti pada makanan malah menyebabkan bekas yang digunakan juga berbau . Ini juga kerana jarang membersihkan peti ais kerana tidak mempunyai masa terluang untuk melakukannya.

Namun penjagaan peti ais seharusnya dilakukan secara berkala supaya peti ais tidak mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan hingga mengganggu deria bau.

Terdapat beberapa bahan semulajadi yang boleh digunakan untuk mengelakkan peti ais berbau dan tidak menggunakan sebarang kos yang mahal malah peti ais akan kekal harum dan wangi. Jom cuba cara ini :

Bahan – bahan :

Lemon

Esen vanila bau ros

 

Nak Harumkan Peti Ais? Guna Bahan Ni Je Ok 2

 

Caranya:

1. Keluarkan semua barang dan makanan dari peti ais dan cairkan ais beku dalam peti juika ada.

2. Basahkan tuala bersih dan bersihkan dahulu bahagian dalam peti ais dan 2 kali untuk kesan yang lebaih baik.

3. Golekkan dahulu sebiji lemon supaya lebih lembut dan mudah untuk digunakan . Potong lemon berkenaan dan sapukan pada semua bahagian peti ais lalu gunakan kain tadi untuk mengelap peti ais .

4. Biarkan peti ais seketikan sehingga kering.

5. Setelah kering ,  tuangkan sedikit esen vanila dengan haruman ros pada tuala basah dan sapukan pada keseluruhan peti ais.

6. Tutup peti ais dan biarkanlah seketika sekitar 30 minit supaya bau yang enak meresap ke dalam peti ais.

7. Selepas itu , boleh masukkan kembali semua barang dan makanan ke dalam peti ais.

8 . Susun kemas dengan teratur dan pastikan barang basah dan telah dibuka disimpan didalam bekas yang bertutup agar tiada kontaminasi berlaku terhadap makanan yang disimpan di dalam peti ais.

 

Nak Harumkan Peti Ais? Guna Bahan Ni Je Ok 3

 

Setelah semua langkah dilakukan , anda akan mendapatkan bau yang harum dan menyenangkan daripada peti ais dan nescaya hidup akan lebih tenang kerana tidak perlu menghirup bau busuk daripada peti ais anda.

Pastikan pembersihan dilakukan secara berkala dan sentiasa kemaskini peti ais daripada bahan yang lama dan sudah rosak supaya dapat makanan yang elok tidak terdedah kepada penceraman makanan,

Selain daripada lemon dan essen vanilla, ramai juga yang menggunakan cara lama iaitu menyimpan daun pandan ke dalam peti ais agar meyerap bau busuk peti tetapi yang sebenarnya petilah yang harus dibersihkan agar kekotoran yang lama mempungaruhi baunya.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3