Home » Gosip Artis Malaysia » Naim Daniel , Hael Husaini dan Haqiem Rusli Antara Yang Berjaya Mara Ke Semi Final Muzik-Muzik 36.

Naim Daniel , Hael Husaini dan Haqiem Rusli Antara Yang Berjaya Mara Ke Semi Final Muzik-Muzik 36.

Anugerah Juara Lagu merupakan konsert dan majlis penghargaan tahunan bagi karya muzik Malaysia yang dikumandangkan dalam carta Muzik- Muzik yang ditayangkan di Tv3. Semua lagu yang bakal terpilih iaitu sebanyak 30 buah lagu akan ke peringkat separuh akhir hasil daripada undian peminat di Carta Mingguan dan dinilai oleh juri professional.

Bagi pentas akhir pertandingan Muzik-Muzik akan dipilih sebanyak 12 lagu untuk mara ke pusingan separuh akhir.

Semi Final Muzik-Muzik 36 bakal kembali dengan persembahan lagu popular di Malaysia yang mana akan merebut peluang untuk menjadi Juara Lagu 36.  Terdapat 30 Lagu akan dipertandingkan dan 10 lagu terawal sudah di senaraikan iaitu:

Salahku- Yonnyboi

Cinta Jangan Pergi – Azzam

Rindu Separuh Nyawa – Naqiu feat VAnessa

Mimpi – Haqiem Rusli

Chikadun – Floor88

Purnama – Naim Daniel

Penat – Andi Bernadee

Coretan Pilu – Dato Awie

Bujang – Hael Husaini

Lenyap – Usop

Keputusan itu diumumkan oleh pengacara Muzik-Muzik 36 iaitu Alif Satar dan Sissy Iman menerusi sidang media yang diadakan secara maya. Manakala pada 28 November dan 5 Disember terdapat lagi 20 lagu akan diumumkan.

Tahun lepas, lagu “Gila” ciptaan Noki, Loca B dan Ezra Kong telah diangkat sebagai pemenang Juara Lagu ke-35. Lagu ‘Gila’ merupakan lagu kedua dari genre Hip Hop yang diangkat sebagai Juara Lagu selepas ‘Apa Khabar’ oleh Joe Flizzow dan SonaOne pada AJL 29 (2014) .Kemenangan “Gila” menjadikan Kaka Azraff, Noki dan Loca B sebagai penyanyi trio pertama memenangi AJL.

Peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 35 juga mencetuskan kontroversi apabila keputusan 12 lagu yang mara ke peringkat akhir tidak menepati ramalan peminat apabila dua lagu paling popular pada tahun 2020 iaitu Sakit (Yonni Boi/Zyanakal) dan Sembah (Naim Daniel) tidak terpilih.

Dalam perkongsilan di Ig milik Naim Daniel meluahkan rasa syukur kerana karyanya masih diterima masyarakat. Dia mengatakan hanya mahu enjoy dan percaya pada rezeki dan berusaha memberikan yang terbaik kerana pernah tewas dengan lagu Sumpah tahun lepas.

 

Penafian – Bahan artikel portalamalaysia kongsikan diatas hanyalah panduan tutorial dan rujukan ringkasan artikel berkaitan dengan “Naim Daniel , Hael Husaini dan Haqiem Rusli Antara Yang Berjaya Mara Ke Semi Final Muzik-Muzik 36.” ini sahaja. kami tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, segala rujukan berpandukan sumber official dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes