Naim Buka Cawangan Bubblebee Di Eco Semenyih. Ada Dessert Ape Tu?

Pelakon dan juga Penyanyi popular yang pernah memenangi Anugerah Juara lagu iaitu Naim Daniel telah berjaya merealisasikan impiannya untuk memulakan perniagaan miliknya sendiri. Naim telah membuka cawangan bubblebee di Semeyih Eco Majestic . Pada pembukaan tempoh hari , naim telah memerikan cup percuma kepada yang datang di pelancaran pembukaan kedai.

Naim Buka Cawangan Bubblebee Di Eco Semenyih. Ada Dessert Ape Tu? 2Naim Buka Cawangan Bubblebee Di Eco Semenyih. Ada Dessert Ape Tu? 3

Kerjasama antara Naim Daniel dan Shuib nampaknya membuahkan hasil kerana ramai yang hadir semasa hari pembukaan tempoh hari . Bubblebee yang sudah mempunya 41 cawangan diseluruh Malaysia sangat menarik minat para pembeli kerana air yang dijual menepati citarasa rakyat Malaysia. Cawangan ini juga telah menawarkan menu baru seperti Absolute Choc dan Caramel Croissant.

Naim Daniel yang kini sedang sibuk kerana diberi tanggungjawab mengendalikan program realiti, Suara Viral 2.0 dan sangat teruja memikul tugas buat kali pertama.

Naim Buka Cawangan Bubblebee Di Eco Semenyih. Ada Dessert Ape Tu? 4Naim Buka Cawangan Bubblebee Di Eco Semenyih. Ada Dessert Ape Tu? 5

Naim juga berkata “Ini  adalah penampilan pertamanya sebagai hos program besar. Sebelum ini, dia tidak pernah diberi tawaran secara rasmi dan  menganggap ini peluang yang sangat baik untuk dia teroka bidang baharu”. Saya akan melakukan dengan terbaik dan berharap akan menjadi hos yang baik pada masa akan datang.

Naim yang pernah membuat program masakan miliknya sendiri dan pernah di post di Ig miliknya, menjadikan itu satu pengalaman yang membuat dia berani menceburi bidang pengacaraan.

Dah full pakej dah Naim Daniel ni , pelakon , penyanyi, hos dan sekarang menceburi bidang perniagaan pula. Semoga berjaya di dunia dan akhirat.


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3