Home » Gosip Artis Malaysia » Nafi “Beli” Anugerah 100 Top Young Ceo, Lan Bersyukur Usaha Kedai Runcit Berjaya.

Nafi “Beli” Anugerah 100 Top Young Ceo, Lan Bersyukur Usaha Kedai Runcit Berjaya.

Anugerah 100 Top Young CEO 2021 telah melabuhkan tirainya baru-baru ini yang mana terdapat banyak anak muda yang mendapat anugerah keusahawan terdiri daripada artis dan instafemes yang terkenal.

Dalam pada itu, tidak terkecuali penyanyi yang pernah terkenal dalam kumpulan Kristal dan sekarang sudah bergerak solo dengan nama samaran Lan solo.

Dia yang juga sudah menjadi usahawan berjaya dibantu oeh isteri tersayang iaitu Sheila yang pernah viral baru-baru ini menerusi media sosial antara Siti Nordiana dan sahabatnya yang lain termasuk LAn dan Sheila.

Dalam perkongsiannya di Instagram dikatakan telah menerima Anugerah 100 Top Young CEO 2021 berikutan kejayaannya mengendalikan kedai runcit Borneo Mart sejak dua tahun yang lalu iaitu selepas dia mengakhiri konsert gegar vaganza.

 

Lan yang berkongsi gambar dan ucapan rasa terharu kerana telah mendapat jemputan untuk menerima Anugerah tersebut merasa sangat gembira kerana usahanya membuka kedai runcit telah membuahkan hasil.

Walaupun telah mendapat pelbagai ucapan tahniah dan selamat maju jaya dari teman dan peminat. Lan juga mendapat kritikan dan cemuhan daripada netizen yang tidak berpuas hati dan menyatakan bahawa dia telah membeli anugerah tersebut.

Mendapat pertuduhan seperti itu, LAn menyangkal bahawa dia memebeli anugerah tersebut kerana dia mendapat panggilan daripada penganjur dan diberitahu tercalon serta bakal menerima anugerah kategori Top Leading CEO 2021.

Jelas Lan lagi, dia tidak perlu membeli anugerah pencapaian kerana daia bole berusaha untuk menaikkan namanya sendiri malah dia sudah mempunyai beberapa cawangan kedai di Malaysia..

Walaupun pada awalnya idea membuka kedai runcit ini menempuhi pelbagai cabaran dan dugaan yang perit namun indah bila medapatkan hasil yang lumayan dan berjaya sehingga ke hari ini.. Lan sangat bersyukur kerana mempunyai isterinya yang banyak membantu dirinya.

LAn memanjatkan rasa syukur kerana menerima Anugerah tersebut dan yakin akan memperluaskan usahanya untuk menambah lagi cawangan kedainya.

Penafian – Bahan yang kami share dihalaman ini hanyalah panduan dan rujukan artikel related dengan “Nafi “Beli” Anugerah 100 Top Young Ceo, Lan Bersyukur Usaha Kedai Runcit Berjaya.” sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan government agency atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua hebahan berasaskan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes