myTNB Rebat Bil Elektrik RM40 Sebulan, Login Sistem Semakan


Rebat bil elektrik sebanyak RM40 sebulan

Terkini, golongan miskin tegar dengan pendapatan RM1,169 ke bawah yang berdaftar di dalam Sistem e-Kasih adalah layak mendapat rebat bil elektrik RM40.

Dato’ Shamsul Anuar Nasarah menyeru agar mereka yang layak untuk mengemas kini nombor akaun dengan pihak utiliti.

Namun begitu, bantuan ini hanya untuk mereka yang berdaftar dalam sistem eKasih yang layak mendapat bantuan ini.

Kami dari Portal Malaysia ingin berkongsi panduan lengkap bagaimana untuk membuat semakan rebat bil elektrik ini.

Klik sini untuk semak bil elektrik online.

Sebanyak RM80 juta diperuntukkan bagi menjayakan program tersebut.

Baca Juga : i-Citra KWSP

Semakan Rebat Elektrik 2021

Melalui program ini, anda boleh mendapat rebat pembayaran bil elektrik sehingga RM40 pada setiap bulan.

Namun tidak semua layak memohon bantuan ini. Hanya golongan berikut layak menerima rebat elektrik ini, antaranya:

  • Ketua Isi Rumah (KIR) di bawah kategori miskin tegar dan miskin yang tersenarai & juga disahkan dalam Sistem eKasih.
  • Pendapatan isi rumah miskin tegar ialah mestilah kurang RM600 sebulan dan miskin hendaklah kurang RM950 sebulan.
  • Pendapatan Isi Rumah adalah berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) per kapita yang dikeluarkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.

Setiap penerima yang layak akan menerima pemberian rebat ini sepanjang tahun.

Syarat-Syarat Permohonan

Antara syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:

  1. Pengguna-pengguna elektrik yang layak menerima rebat ialah Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar dan miskin yang disenaraikan dalam Sistem eKasih sahaja.
  2. Penerima yang layak akan menerima rebat RM40 sepanjang tahun
  3. Rebat bil elektrik akan diberikan sehingga RM40 sebulan sahaja. Sekiranya bil kurang daripada RM40, tiada baki akan dibawa ke bulan berikutnya dan jika bil melebihi RM40, penerima perlu membayar baki tersebut;
  4. Hanya satu akaun bil elektrik sahaja yang layak untuk menerima rebat bagi setiap Ketua Isi Rumah (KIR) dalam kumpulan miskin/miskin tegar yang berdaftar dalam sistem eKasih;
  5. Rebat RM40 ini hanya terpakai kepada Tarif A (Domestik) sahaja;
  6. Rebat RM40 termasuk semua jenis caj (contohnya penalti lewat bayar);
  7. Rebat RM40 tidak termasuk tunggakan bil.
  8. Pengguna boleh juga memilih untuk menukar nombor akaun elektrik yang akan menerima rebat dari semasa ke semasa; dan
  9. Bil elektrik sehingga RM40 sebulan akan ditolak terus dari akaun bil pengguna.

Baca Juga : PEMULIH – Pakej Perlindungan Rakyat & Pemulihan Ekonomi

Cara Mohon Rebat Elektrik RM40 Sebulan

Untuk membuat permohonan, anda wajib berdaftar dengan sistem eKasih terlebih dahulu.

Pendaftaran boleh juga dibuat di Pejabat Pembangunan Persekutuan / Jabatan Pembangunan Persekutuan mengikut daerah masing-masing.

Selepas pendaftaran dibuat, anda juga boleh semak kelayakan anda menerima rebat ini dengan melayari portal rasmi MESTECC di https://semakanrebat.mestecc.gov.my/public/

Bantuan ini boleh dibuat semakan dengan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) / Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri / Pejabat Ahli Parlimen / Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).


Untuk maklumat lanjut anda boleh hubungi mana-mana talian di bawah untuk lebih penjelasan.

Disclaimers – Semua yang kami share diatas merupakan tutorial dan rujukan ringkasan yang related dengan “myTNB Rebat Bil Elektrik RM40 Sebulan, Login Sistem Semakan” sahaja. kami tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua hebahan berpandukan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia