Home » Bantuan » MySTEP 2022 : Tawaran Kerja Kontrak Bagi Pengganggur Dalam Bajet 2022

MySTEP 2022 : Tawaran Kerja Kontrak Bagi Pengganggur Dalam Bajet 2022

Menurut Menteri Kewangan, Bajet 2022 menyasarkan 220,000 pelatih untuk menjalani pelbagai program latihan & peningkatan kemahiran dengan peruntukan keseluruhan RM1.1 bilion.

Inisiatif ‘Malaysia Short-term Employment Programme’ atau MySTEP akan diteruskan bagi tahun 2022 dengan menawarkan 80,000 peluang pekerjaan secara kontrak merangkumi 50,000 pekerjaan dalam sektor awam dan 30,000 pekerjaan dalam syarikat berkaitan kerajaan mulai Januari 2022.

Apakah MySTEP?

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan

MySTEP adalah program diumumkan oleh YB Menteri Kewangan yang menyediakan latihan dan penempatan jangka pendek di sektor awam dan juga Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan rakan strategiknya​.

Terdapat dua saluran program penempatan di bawah MySTEP iaitu:

  • Penempatan di Sektor Awam
  • Penempatan di GLCs and rakan strategiknya

Tempoh Kontrak Perkhidmatan MySTEP

Tempoh Kontrak Perkhidmatan MySTEP adalah:

  • Sektor Awam: 1 – 12 Bulan
  • GLC / Rakan Strategiknya: 6 – 12 Bulan

Personel MySTEP boleh dilantik untuk melaksanakan segala skop kerja yang ditetapkan sesuai dengan keperluan Kementerian / Jabatan / GLC / Rakan Strategik.​

Baca juga: Permohonan Insentif & Kelayakan JaminKerja PERKESO

Kadar Upah / Bayaran

Kadar upah sebenar yang ditawarkan adalah berdasarkan jenis dan kompleksiti tugas:

Jenis/ Kompleksiti Tugas Berdasarkan Kesetaraan AkademikSektor Awam​ Kadar (RM)GLC / Rakan Strategik​ Kadar Minimum* (RM)
Setaraf Ijazah Sarjana Muda2,0002,000
Setaraf Diploma/ Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia1,8001,800
Setaraf Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)1,6001,600
Tiada Sijil Pelajaran Malaysia1,400

*Nota: Kadar sebenar tertakluk kepada setiap program penempatan GLC.

Penempatan MySTEP

Penempatan perolehan perkhidmatan Personel MySTEP adalah berdasarkan output dan tidak tertakluk kepada waktu/ tempat/ jadual bertugas seperti pegawai awam.​

Bagi GLC, penempatan adalah berdasarkan kepada struktur program penempatan GLC masing-masing.

Personel MySTEP yang ditempatkan di sektor awam tidak tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Awam 2012, Perintah-Perintah Am atau peraturan-peraturan yang berkuatkuasa ke atas pegawai awam.​

Kemudahan

Kemudahan yang diberikan kepada personel MySTEP adalah:

Jenis KemudahanSektor AwamGLC / Rakan Strategik
Cuti Rehat12 hari setahunTertakluk kepada struktur program penempatan GLC masing-masing
Cuti Sakit14 hari setahunTertakluk kepada struktur program penempatan GLC masing-masing
Perlindungan SosialCaruman KWSP dan PERKESOCaruman KWSP dan PERKESO jika berkenaan

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan untuk memohon jawatan kerja kosong / personel MySTEP adalah seperti berikut:

Sektor AwamGLCs dan Rakan Strategiknya
Warganegara MalaysiaWarganegara Malaysia
18 tahun keatas sahaja18 tahun keatas sahaja
Lepasan Sekolah/ Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia/ Lulusan Diploma/ Lulusan Ijazah Sarjana Muda dan KeatasLepasan Sijil Pelajaran Malaysia/ Lulusan Diploma/ Lulusan Ijazah Sarjana Muda dan Keatas
MenganggurMenganggur

Cara Permohonan

Permohonan boleh dibuat secara terus kepada kementerian atau GLC yang mengambil bahagian seperti dibawah:

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, boleh baca dibawah:

http://belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat/index.php/bm/mystep 

Disclaimers – Semua artikel portalamalaysia kongsikan dihalaman ini hanyalah panduan tutorial dan ringkasan artikel berkaitan dengan “MySTEP 2022 : Tawaran Kerja Kontrak Bagi Pengganggur Dalam Bajet 2022” sahaja. kami tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua rujukan berpandukan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes