Home » Semakan » MySPR SPPA: Semakan Pra-Pendaftaran Pemilih Automatik Mulai 1 Oktober 2021

MySPR SPPA: Semakan Pra-Pendaftaran Pemilih Automatik Mulai 1 Oktober 2021

Semakan Pra-Pendaftaran Pemilih Automatik (MySPR SPPA)

Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) menyeru rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas yang masih belum mendaftar untuk menyemak & mengesahkan maklumat bagi pendafaran automatik pengundiyang akan bermula Jumaat ini (1 Oktober).

Portal Malaysia ingin kongsikan info lanjut khususnya kepada warganegara yang berumur 18 tahun ke atas dan belum mendaftar sebagai pengundi lagi.

Apakah MySPR SPPA?

Semakan Pra-Pendaftaran Pemilih Automatik (MySPR SPPA) ini bertujuan memberi peluang kepada warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas dan belum mendaftar sebagai pemilih untuk menyemak dan mengesahkan maklumat peribadi dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia sebelum didaftarkan sebagai pemilih secara automatik.

Tempoh Semakan

Semakan Pra-Pendaftaran Pemilih Automatik (MySPR SPPA) mulai 1 Oktober sehingga 31 Oktober 2021.

Dalam tempoh SPPA ini, warganegara Malaysia berumur yang 18 tahun dan ke atas yang masih belum mendaftar sebagai pemilih boleh menyemak, mengesahkan maklumat mereka dan membuat aduan dengan SPR sebelum didaftarkan sebagai pemilih secara automatik.

Sekiranya bakal pemilih tidak lagi tinggal di alamat yang dipaparkan, bakal pemilih dinasihatkan untuk mengemaskini alamat kad pengenalan mereka di Jabatan Pendaftaran Negara selewat-lewatnya pada 31 Oktober 2021.

Baca juga: Permohonan Sijil Kelahiran Yang Hilang Secara Online Sahaja

Cara Semakan MySPR SPPA

Semakan boleh dilakukan melalui dua kaedah yang berikut:

  1. Secara online di pautan https://mysprsppa.spr.gov.my/
  2. Imbas kod QR di tempat semakan SPPA seluruh negara.

Semakan boleh dibuat di Portal MySPR SPPA mulai 1 Oktober sehingga 31 Oktober 2021

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut berhubung semakan Pra Pendaftaran pemilih Automatik ini, sila rujuk kenyataan media penuh oleh SPR di bawah:

Jika anda telah berdaftar dengan SPR, anda boleh membuat semakan maklumat melalui Portal SPR dengan merujuk artikel berikut:

MySPR: Permohonan Pendaftaran, Semakan Pengundi Baru & Tukar Tempat Mengundi

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi hotline SPR di talian 03-88927018 ataupun Pejabat Pilihan Raya Negeri di https://www.spr.gov.my/ms/hubungi-kami/cawangan-spr dalam waktu pejabat atau membuat aduan melalui laman MySPR SPPA ini.

Baca juga: Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) Sebanyak RM500 One-off Bermula Oktober 2021

Disclaimers – Bahan yang portalamalaysia kongsikan dihalaman ini merupakan tutorial dan rujukan ringkasan yang related dengan “MySPR SPPA: Semakan Pra-Pendaftaran Pemilih Automatik Mulai 1 Oktober 2021” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua rujukan berasaskan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!