Home » Portal Rasmi » MySPR: Permohonan Pendaftaran, Semakan Pengundi Baru & Tukar Tempat Mengundi

MySPR: Permohonan Pendaftaran, Semakan Pengundi Baru & Tukar Tempat Mengundi

MySPR 2021: Permohonan pendaftaran pengundi baharu kini dibuka secara online.

Kepada anak muda yang berumur 21 tahun ke atas, anda kini layak untuk berdaftar sebagai pengundi.

Jom Semak Daftar Pemilih Anda di https://pengundi.spr.gov.my/

Portal Malaysia ingin berkongsi permohonan pendaftaran pengundi baharu kini dibuka secara online.

Jika anda masih belum mendaftar boleh segerakan Mendaftar dengan cara dibawah:

  1. Di Pejabat SPR (ON)
  2. Di Pejabat POS (ON)
  3. Melalui On-Line (On) di https://mysprdaftar.spr.gov.my/

Cara Semakan Pengundi Online Melalui MySPR

Untuk membuat semakan pengundi online melalui portal MySPR, anda boleh ikuti langkah berikut:

  1. Sila layari laman web rasmi SPR di pautan https://pengundi.spr.gov.my/pengundi/
  2. Boleh masukkan nombor kad pengenalan yang lengkap tanpa sebarang tanda (-) atau space.
  3. Sila masukkan aksara Captcha yang dipaparkan.
  4. Tekan pada butang SEMAK.
  5. Maklumat pengundi & tempat mengundi akan dipamerkan.

Baca juga : Semakan Penempatan Murid Tahun 1 Sesi 2022 /2023 Sekolah KPM

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join WhatsApp Rasmi Bantuan Kerajaan :
Klik Sini

Cara Daftar Pengundi Baru Online Di MySPR

Jika anda belum berdaftar dan ingin mendaftar sebagai pengundi baru, sila ikuti langkah mudah berikut:

  1. Layari http://www.spr.gov.my.
  2. Tekan butang MYSPR DAFTAR.
  3. Tekan butang PERMOHONAN AKAUN BARU.
  4. Isikan maklumat lengkap dalam BORANG PERMOHONAN AKAUN PENGGUNA.
  5. MUATNAIK gambar kad pengenalan dan swafoto bersama kad pengenalan (rujuk gambar yang disediakan untuk contoh).
  6. Masukkan Captcha dan tekan butang HANTAR.
  7. Satu notifikasi e-mel Permohonan Akaun Pengguna akan dihantar ke e-mel yang didaftarkan.
  8. Sekiranya tiada e-mel yang diterima di dalam inbox, sila semak di dalam peti spam.
  9. Pegawai SPR akan membuat pengesahan dan satu emel pengaktifan akan dihantar ke e-mel yang didaftar mengikut waktu yang telah ditetapkan.
  10. Klik link pengaktifan yang diberikan. Skrin Pengaktifan Akaun akan dipaparkan.
  11. Masukkan No. Kad Pengenalan dan Katalaluan yang didaftarkan sebelum ini dan tekan butang MOHON TAC.
  12. Masukkan No. TAC yang dihantar ke telefon bimbit dan tekan butang HANTAR.
  13. Sistem akan membuat verifikasi dan Skrin Log Masuk MySPR Daftar akan dipaparkan.
  14. Log masuk menggunakan maklumat yang telah anda daftarkan.
  15. Klik pada menu STATUS SAYA.
  16. Sila tekan butang BORANG A (PENDAFTARAN BARU / PERTUKARAN ALAMAT)
  17. Isikan maklumat dalam Borang A (Pendaftaran Baru)
  18. Setelah selesai, boleh tekan pada butang HANTAR.

Cara Tukar Alamat

Untuk membuat permohonan tukar alamat pengundi, anda boleh mengikuti langkah seperti berikut:

  1. Sila Layari web http://www.spr.gov.my.
  2. Sila klik menu STATUS SAYA.
  3. Boleh Tekan butang BORANG A (PENDAFTARAN BARU / PERTUKARAN ALAMAT)
  4. Skrin Borang A (Pertukaran Alamat) akan dipaparkan diskrin.
  5. Kemaskini / isikan alamat yang ingin ditukar itu.
  6. Buat pengesahan & tekan pada butang HANTAR/CETAK BORANG A.

Baca Juga: PRE Ihsan 3.0: E-Baucar Makanan KFC RM20 Untuk B40 & Mahasiswa

Maklumat Lanjut

  1. Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian hotline SPR di 03-8892 7018
  2. Dimana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri berdekatan anda.
  3. Boleh melalui sistem aduan di link berikut http://www.spr.gov.my/ms/aduan-pertanyaan.
Penafian – Semua yang kami share diatas merupakan panduan tutorial dan ringkasan artikel related dengan “MySPR: Permohonan Pendaftaran, Semakan Pengundi Baru & Tukar Tempat Mengundi” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, segala rujukan berpandukan sumber official dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!