Home » Portal Rasmi » Lesen memandu anda mati ketika PKP? MySikap (JPJ) renew lesen secara online lebih mudah

Lesen memandu anda mati ketika PKP? MySikap (JPJ) renew lesen secara online lebih mudah

MySikap (JPJ) Renew Lesen Secara Online Lebih Mudah 2021

Ketika PKP 3.0 diadakan, ramai di antara kita yang menghadapi tarikh luput pada lesen memandu kan? Nak pergi renew pun, kaunter pula tidak beroperasi. Pening kepala dibuatnya, takut ada roadblock, habis kena saman. Jangan risau dan pening kepala lagi.

Kini dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ), anda tidak perlu lagi beratur panjang untuk renew lesen anda.

Nak tahu caranya? Portal Malaysia akan kongsi maklumat di bawah:

Baca Juga : Permohonan Kad Pengenalan Kanak-Kanak 12 Tahun, Cara Mohon Secara Online JPN

CARA PERBAHARUI LESEN MEMANDU SECARA ONLINE

Untuk perbaharui lesen memandu anda, terdapat 2 cara, iaitu melalui MySikap ataupun melalui MyEG.

Untuk melalui MySikap, sila ikuti langkah-langkah dibawah:

  1. Layari laman web rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ) ; https://www.jpj.gov.my/en/web/main-site/utama 
  2. Boleh skroll ke bahagian bawah portal dan tumpukan perhatian pada bahagian MySikap pada bahagian kiri portal.
  3. Klik pada “Register” bahagian papan kenyataan yang bertulis “Public”
  4. Setelah itu, anda akan di bawah ke bahagian portal MySIKAP. Anda dikehendaki untuk melakukan pendaftaran kali pertama. Pada pendaftarkan kali pertama, anda akan diberikan kata laluan sementara untuk log in ke portal MySIKAP melalui email anda.
  5. Selepas log masuk, anda dikehendaki untuk melengkapkan maklumat dan menukar kata laluan tetap yang baru bagi menggantikan kata laluan sementara tadi.
  6. Setelah selesai, log masuk semula dengan kata laluan tetap, dan anda akan di bawah ke laman utam MySikap seperti dibawah, klik bahagian lesen memandu.
  7. Kemudian, anda klik pada “Pembaharuan Lesen Memandu”
  8. Pilih lesen anda yang ingin diperbaharui, dan tempoh jangka hayat lesen anda.
  9. Selepas itu, anda akan dibawa ke bahagian maklumat diri anda. Sila teliti maklumat terlebih dahulu sebelum membuat pembayaran.
  10. Apabila selesai, boleh buat pembayaran dengan cara klik ”bayar”.
  11. Selesai sudah, anda perlu cetak bukti pembayaran anda untuk rujukan pihak JPJ jika nak ambil lesen nanti.
  12. Semoga anda berjaya!

Untuk melalui MyEG, sila ikuti langkah-langkah dibawah:

  1. Layari website https://www.myeg.com.my/
  2. Pilih ‘Jabatan Pengangkutan Jalan’ (JPJ)
  3. Pilih ‘Perbaharui Lesen Memandu’
  4. Isi maklumat peribadi anda
  5. Lakukan pembayaran.

Baca Juga : eKasih 2021: Daftar & Semak Status Bantuan Kemiskinan Online

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai pembayaran secara atas talian ini, boleh hubungi +603-8000 8000

ATAU

Layari portal MySikap (https://public.jpj.gov.my/Online/public/bantuan_atas_talian.html)

Disclaimers – Semua yang admin share dihalaman ini sekadar panduan dan ringkasan artikel related dengan “Lesen memandu anda mati ketika PKP? MySikap (JPJ) renew lesen secara online lebih mudah” sahaja. kami tidak ada kaitan dengan government agency atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, segala rujukan berasaskan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!