Home » Isu Semasa » Terkini MySejahtera Perkenalkan Fungsi ‘Check Out’ & Status Vaksin

Terkini MySejahtera Perkenalkan Fungsi ‘Check Out’ & Status Vaksin

FUNGSI ‘CHECK OUT’ TERKINI & STATUS SIJIL DIGITAL VAKSIN DI APLIKASI MYSEJAHTERA

Individu yang telah mengambil dua suntikan vaksin COVID19 akan menerima sijil vaksinasi.

Terbaru, melalui kemaskini aplikasi MySejahtera yang mula diperkenalkan bermula hari ini, ia turut menambah sebuah butang “Check-Out” atau daftar keluar.

Perkara ini telah dimaklumkan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin terkini melalui laman Twitter beliau.

Menurutnya, langkah ini dijangka akan menambah-baik proses penjejakan kontak, selain mengetahui sehingga waktu bila seseorang itu berada di lokasi berkenaan.

Apabila meninggalkan sesuatu lokasi atau premis, pengguna hanya perlu tekan butang “Check-Out”.

Kemaskini sama juga turut membawakan sokongan paparan status vaksin dan risiko yang lebih jelas berbanding sebelum ini.

Sumber asal: https://twitter.com/Khairykj/status/1433414415173382145?t=lC5EIhusCjderbwhUfVuvA&s=19

Kemaskini fungsi ini bakal dinikmati sepenuhnya dalam masa terdekat.

Bagi anda yang telah menerima vaksin, berikut merupakan panduan menyemak sijil digital vaksinasi di aplikasi Mysejahtera.

Baca juga: Cara Untuk ‘Keluarkan’ Sijil Vaksinasi Pada ‘Dependent’ Punya Telefon Bimbit

Cara Download Sijil Digital Vaksin Melalui Aplikasi MySejahtera

  1. Sila log masuk ke akaun MySejahtera anda.
  2. Klik pada ikon Profil yang berada di sebelah kanan bawah aplikasi.
  3. Profil akan memaparkan maklumat anda seperti Nombor Telefon, Nombor Kad Pengenalan, Negeri, Status Risiko COVID19 & Sijil Digital Vaksinasi anda.
  4. Skrol hingga ke bawah & anda boleh melihat Sijil Digital Vaksinasi anda yang telah dijana.

Rujuk langkah bergambar di bawah:

Login ke MySejahtera & tekan ikon ‘Profile’ seperti yang ditandakan dengan petak merah dalam gambar di bawah ini.

Anda boleh melihat status vaksinasi & paparan sijil vaksin digital sekiranya vaksin lengkap telah anda perolehi.

Kad vaksinasi juga akan dipaparkan selepas selesai mendapatkan dos pertama anda.

Anda boleh rujuk gambar di bawah untuk melihat contoh sijil digital vaksinasI MySejahtera.

Disclaimers – Bahan yang portalamalaysia kongsikan diatas hanyalah panduan tutorial dan rujukan yang related dengan “Terkini MySejahtera Perkenalkan Fungsi ‘Check Out’ & Status Vaksin” ini sahaja. kami tidak ada kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua rujukan berasaskan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!