Semakan & Permohonan MySalam B40 M40: Tuntutan Sehingga RM8,000

Kerajaan telah bersetuju bahawa skim perlindungan MySalam akan diperluaskan kepada penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang layak mulai 2022.

Ini termasuk penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang masih layak menerima insentif Bantuan Keluarga Malaysia.

Maksud MySalam


MySalam merupakan inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan PERCUMA yang menyediakan perlindungan takaful kepada individu yang layak menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat MySalam melalui Dana Amanah MySalam.

Dalam Bajet 2022, faedah tuntutan kos peranti perubatan juga akan diperluaskan kepada anak tanggungan penerima MySalam yang layak.

Tuntutan untuk faedah kemasukan ke hospital masih diteruskan bagi mereka yang positif CVD-19 dan dimasukkan ke hospital untuk tahun 2022.

Untuk makluman, jika anda menerima pesanan ringkas (SMS) mengenai kelayakan MySalam untuk tahun 2022 seperti di bawah, bermaksud anda adalah penerima manfaat MySalam ini.

sms mysalam 62666

Syarat Kelayakan MySalam Semakan


  • Penerima BSH/ BPR/ BKM;
  • Individu berumur antara 18 dan 65 tahun dan pasangan;
  • Individu bujang berumur 40 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun;
  • OKU berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.

Manfaat


  • Penyakit kritikal RM8,000
  • Hospitalisasi RM50 sehari (Maksimum 14 hari)

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan :
Klik Sini

Cara Permohonan MySalam Login


Sila rujuk langkah di bawah untuk menyemak status anda.

Anda boleh semak syarat kelayakan Skim, butiran manfaat, faedah kelayakan, status tuntutan, senarai hospital dan lain-lain boleh diakses melalui portal www.mysalam.com.my

Sila log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan anda dan kata laluan yang dihantar melalui SMS (atau kata laluan terkini yang telah anda tetapkan).

log masuk mysalam

Cara Buat Tuntutan & Claim MySalam


Pengendali takaful yang mengambil bahagian akan memproses pembayaran untuk tuntutan yang berjaya dengan mengkreditkan wang terus ke akaun penerima, seperti yang didaftarkan di bawah skim Bantuan Sara Hidup Rakyat.

Anda boleh merujuk kepada arahan berikut untuk membuat tuntutan:

I. Tuntutan penyakit kritikal


  1. Log masuk ke website MySalam menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang telah anda tetapkan)
  2. Klik ‘Muat Turun Borang’ dan muat turun borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’, berdasarkan jenis penyakit kritikal
  3. Dapatkan doktor atau pakar yang merawat anda untuk melengkapkan borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’
  4. Log masuk ke www.mysalam.com.my dan klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penyerahan Tuntutan’. Tatal ke bawah halaman dan klik ikon ‘Tuntutan Penyakit Kritikal’.
  5. Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat Naik’ untuk memuat naik yang berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg
  6. Tekan butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penyerahan tuntutan.

II. Tuntutan kemasukan ke hospital


  1. Log masuk ke website MySalam menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang telah anda tetapkan)
  2. Klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penyerahan Tuntutan’. Tatal ke bawah halaman dan klik ikon ‘Tuntutan Penghospitalan’.
  3. Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat Naik’ untuk memuat naik yang berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg
  4. Tekan butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penyerahan tuntutan.

Senarai Penyakit Kritikal


  1. Penyakit Alzheimer / Demensia Teruk
  2. Angioplasti dan rawatan invasif lain untuk penyakit arteri koronari
  3. Meningitis Bakteria – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
  4. Tumor Otak Benign – Keterukan Tertentu
  5. Buta – Kekal dan Tidak Boleh Pulih
  6. Skleroderma Progresif
  7. Pekak – Kekal dan Tidak Boleh Pulih
  8. Pembedahan Aorta
  9. Pembedahan Injap Jantung
  10. Pembedahan Otak
  11. Kanser – Keterukan Tertentu dan Tidak Melindungi Kanser Tahap Awal
  12. Kardiomiopati – Keterukan Tertentu
  13. Anemia Aplastik Kronik – Mengakibatkan Kegagalan Kekal Sumsum Tulang
  14. Koma – Mengakibatkan Defisit Neurologi Kekal dengan Simptom Klinikal yang Berterusan
  15. Pembedahan Pintasan Arteri Koronari
  16. Penyakit Parkinson – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
  17. Penyakit Creutzfeldt-Jakob (Penyakit Lembu Gila)
  18. Strok/Angin Ahmar – Mengakibatkan Defisit Neurologi Kekal dengan Simptom-Simptom Klinikal Berterusan
  19. Virus Kurang Daya Tahan Manusia (HIV) dijangkiti melalui Pekerjaan
  20. Ensefalitis – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
  21. Kegagalan Hati Tahap Akhir
  22. Penyakit Paru-Paru Tahap Akhir
  23. AIDS Dengan Gejala Penuh
  24. Hepatitis Viral Fulminan
  25. Serangan Jantung – Keterukan Tertentu
  26. Jangkitan HIV Melalui Transfusi Darah
  27. Kegagalan Buah Pinggang – Memerlukan Dialisis atau Transplan Buah Pinggang
  28. Kehilangan Upaya Hidup Sendiri (Berdikari)
  29. Hilang Keupayaan Bertutur
  30. Trauma Kepala Major (Teruk) – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
  31. Transplan Organ Utama/Sumsum Tulang
  32. Penyakit Neuron Motor – Defisit neurologi Kekal dengan Simptom Klinikal Berterusan
  33. Sklerosis Multipel
  34. Distrofi Otot
  35. Kelumpuhan Anggota
  36. Hipertensi Arteri Pulmonari Primer – Keterukan Tertentu
  37. Penyakit Arteri Koronari Serius
  38. Sindrom Apallic (iaitu Keadaan Vegetatif Berterusan)
  39. Lupus Eritematosus Sistemik Dengan Komplikasi Buah Pinggang Yang Teruk
  40. Kelecuran Tahap Ketiga – Keterukan Tertentu
  41. Penyakit Terminal (Membawa Maut)
  42. Penyakit Sistik Medular
  43. Poliomielitis
  44. Keradangan Pankreas Berulang dan Kronik
  45. Elefantiasis (Penyakit Untut)


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3