Takaful ialah sebuah konsep insurans yang berasaskan Muamalat Islam yang berlandaskan prinsip Syariah dan pada mulanya ia adalah berasaskan sistem Takaful berteraskan konsep kerjasama, tanggungjawab, jaminan, perlindungan dan saling membantu dalam kalangan pesertanya. Kerajaan juga menyediakan skim takaful secara percuma, baca perkongsian di bawah mengenai Mysalam :
Apa Itu mySalam?
mySalam merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma oleh Kerajaan yang memberikan perlindungan takaful kepada individu yang layak menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat mySalam melalui Tabung Amanah mySalam.
Syarat Kelayakan mySalam
Bagi yang ingin mem buat permohonan mySalam, berikut ialah syarat kelayakan yang diperlukan :
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH)
✅Individu berumur antara 18 hingga 65 tahun dan pasangan
✅Individu bujang berumur antara 40 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun
✅Individu OKU berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun
✅Individu OKU berumur antara 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun
Manfaat Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH)
✅Penyakit kritikal RM8,000 + hospitalisasi RM50 untuk mak
Cara Buat Semakan mySalam
Berikut ialah cara untuk membuat semakan mySalam :
0️⃣1️⃣Sila ke pautan laman web mySalam di https://www.mysalam.com.my/
0️⃣2️⃣Di bahagian semak kelayakan, masukkan no Kad Pengenalan anda tanpa tanda sengkang “-”
0️⃣3️⃣Klik butang Semak
0️⃣4️⃣Status semakan akan dipaparkan
Cara Buat Tuntutan
Pengendali takaful yang mengambil bahagian akan memproses bayaran untuk tuntutan yang berjaya dengan mengkreditkan wang terus ke akaun penerima, seperti yang didaftarkan di bawah skim Bantuan Sara Hidup Rakyat. Berikut ialah cara untuk membuat tuntutan :
🩺Tuntutan penyakit kritikal
0️⃣1️⃣Layari www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)
0️⃣2️⃣Klik ‘Muat turun Borang‘ dan muat turun borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’, berdasarkan jenis penyakit kritikal
0️⃣3️⃣Dapatkan doktor atau pakar yang merawat anda untuk melengkapkan borang ‘Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor’
0️⃣4️⃣Log masuk ke www.mysalam.com.my dan klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan‘. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Penyakit Kritikal’.
0️⃣5️⃣Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg
➠Borang Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor
➠Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
0️⃣6️⃣Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.
🩺Tuntutan hospitalisasi
0️⃣1️⃣Layari www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan)
0️⃣2️⃣Klik ikon ‘Tuntutan’, kemudian ikon ‘Penghantaran Tuntutan’. Skrol ke bawah laman dan klik ikon ‘Tuntutan Hospitalisasi’.
0️⃣3️⃣Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Muat naik’ untuk memuat naik berikut dalam format *.pdf atau *.jpeg
➠Salinan Nota Discaj
➠Salinan dokumen pengenalan, cth Kad Pengenalan (depan dan belakang)
0️⃣4️⃣Klik butang ‘Hantar’ untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.
Senarai 45 Penyakit Kritikal
Berikut ialah senarai 45 penyakit kritikal :
💊Penyakit Alzheimer / Demensia Teruk
💊Angioplasti dan rawatan invasif lain untuk penyakit arteri koronari
💊Meningitis Bakteria Bakteria – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
💊Tumor Otak Benign -Keterukan Tertentu
💊Buta – Kekal dan Tidak Boleh Pulih
💊Pembedahan Otak
💊Kanser -Keterukan tertentu dan Tidak Melindungi Kanser Tahap Awal
💊Kardiomiopati – Keterukan Tertentu
💊Anemia Aplastik Kronik – Mengakibatkan Kegagalan Kekal Sumsum Tulang
💊Koma – Mengakibatkan Defisit Neurologi Kekal dengan Simptom Klinikal yang Beterusan
💊Pembedahan Pintasan Arteri Koronari
💊Pekak – Kekal dan Tidak Boleh Pulih
💊Ensefalitis – Mengakibatkan Ketidakupayaan Kekal untuk Melakukan Aktiviti Kehidupan Harian
💊Kegagalan Hati Tahap Akhir
💊Penyakit Paru-Paru Tahap Akhir
💊AIDS dengan Gejala Penuh
💊Hepatitis Viral Fulminan
💊Serangan Jantung – Keterukan Tertentu
💊Pembedahan Injap Jantung
💊Jangkitan HIV melalui Tranfusi Darah
📋Senarai 45 Penyakit Kritikal selebihnya serta penerangan
Tuntutan Berkaitan Covid-19 Kepada Mysalam
🌡 Bagi pesakit yang disahkan positif menghidap COVID-19, mySalam memerlukan nota discaj atau dokumen yang dikeluarkan Hospital/ Kementerian Kesihatan Malaysia yang mengesahkan diagnosis tersebut.
🌡 Manakala pesakit yang disyaki menghidap COVID-19 atau sedang menjalani perintah isolasi Kementerian Kesihatan Malaysia, perintah isolasi yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia perlu dikemukakan bagi tuntutan manfaat penggantian pendapatan.
📜Soalan Lazim Tentang Skim mySalam COVID-19
Maklumat Lanjut
Untuk Maklumat lanjut anda boleh hubungi atau kemukakan soalan anda di pautan :
🌐https://www.mysalam.com.my/b40/info/?url=contact_BM
☎️1-300-88-8938