MySalam Covid 19: Jika Dikuarantin Atau Disahkan Positif Bayaran RM50/Sehari

Home » Bantuan » MySalam Covid 19: Jika Dikuarantin Atau Disahkan Positif Bayaran RM50/Sehari

Skim perlindungan masyarakat mySalam, BayaranRM50/Sehari Jika Dikuarantin Atau Disahkan Positif

Berita baik untuk anda, individu berpendapatan rendah atau mereka yang tergolong dalam kumpulan B40 yang dikuarantin sebagai pesakit dalam siasatan (PUI) Covid-19 boleh menerima RM50 sehari sebagai ganti pendapatan mereka yang terjejas di bawah pelan perlindungan mySalam Covid-19.

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pelan itu akan dikembangkan merangkumi mereka yang dikuarantin sebagai PUI untuk membuat tuntutan sepanjang 14 hari kuarantin yang diwajibkan.

Portal Malaysia ingin berkongsi serba sedikit tentang MySalam Covid-19 dan cara membuat tuntutan (claim) RM50/sehari sekiranya anda dikuarantin.

Baca Juga: Help Desk MySejahtera: Semakan Maklumat Untuk Ibu Bapa Yang 60 Tahun Ke Atas Masih Belum Dapat Vaksin

Apakah Skim MySalam?

Skim perlindungan masyarakat mySalam adalah inisiatif Kerajaan yang bertujuan menyediakan perlindungan kesihatan takaful percuma kepada 8 juta individu rakyat Malaysia.

Antara manfaat MySalam ialah mereka yang dilindungi dapat menuntut RM8,000 dibayar sekali seumur hidup apabila didiagnos salah satu daripada 45 penyakit kritikal dan pembayaran tunai RM50 sehari hospitalisasi untuk maksimum 14 hari, termasuklah kuarantin 14 hari yang diwajibkan untuk mengekang Covid-19.

Manakala perluasan perlindungan mySalam berkuatkuasa 1 Januari 2020.

mySalam_2020-1

Syarat Kelayakan MySalam Covid-19

Antara syarat kelayakan Skim MySalam Covid-19 ini adalah penerima BSH yang:

  1. Berumur antara 18 sehingga 65 tahun;
  2. Individu bujang berumur antara 40 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun;
  3. Individu OKU berumur antara 18 tahun dan 65 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM24,000 setahun.

Mereka yang layak untuk skim mySalam akan dimaklumkan melalui SMS bermula daripada 1 Mac 2019.

Bagi penerima manfaat MySalam, tuntutan COVID-19 boleh dibuat dalam 2 keadaan ini:

  1. Pesakit yang disahkan positif menghidap COVID-19
  2. Pesakit yang disyaki menghidap COVID-19 atau sedang menjalani perintah isolasi Kementerian Kesihatan Malaysia (PUI) – (Takrifan PUI boleh dirujuk melalui laman web Kementerian Kesihatan Malaysia)

NOTA: Sebarang tuntutan bagi self-quarantine tidak akan dibayar. Tuntutan yang dikemukakan kepada mySalam perlu disertakan bersama perintah isolasi bagi pesakit disyaki COVID-19 atau pengesahan diagnosis COVID-19 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Baca juga: PEMULIH : Bantuan OKU Sebanyak RM500 Untuk 3 Bulan

Cara Semak Kelayakan MySalam

Untuk menyemak kelayakan, anda boleh juga melakukannya secara online dengan langkah dibawah:

  1. Layari laman rasmi www.mysalam.com.my
  2. Masukan kad pengenalan anda tanpa(-)
  3. Klik pada semak
  4. Di ruangan bawah akan dinyatakan sama ada anda LAYAK ATAU TIDAK LAYAK sebagai penerima manfaat MySalam ini.

Cara Tuntutan MySalam Covid-19

Tuntutan kepada mySalam perlu dikemukakan secara muat naik salinan dokumen ke portal mySalam atau secara manual melalui kios MySalam berdekatan anda.

Sila ikuti langkah ini:

  1. Log masuk ke portal mySalam menggunakan nombor kad pengenalan penerima atau pasangan kepada penerima Bantuan Sara Hidup & kata laluan.
  2. Klik ‘Tuntutan’ diikuti oleh pula ‘Penyerahan Tuntutan’
  3. Pilih ‘Tuntutan Hospitalisasi’ mengikut kategori yang anda pilih. Terdapat 3 pilihan iaitu:
    • Pesakit Positif Covid-19
    • Disyaki menghadapi Covid-19 dan ditahan di pusat kuarantin KKM
    • Disyaki menghadapi Covid-19 dan diarahkan KKM kuarantin di kediaman sendiri.
  4. Isikan butiran berikut:
    • Tarikh masuk wad serta mula kuarantin
    • Tarikh keluar wad serta tamat kuarantin
    • Nama hospital atau premis bukan hospital (bagi kes kuarantin)
  5. Sila muat naik dokumen berikut dan klik ‘Lampirkan’
    • Kad pengenalan (depan & belakang)
    • Nota discaj (kemasukan wad sahaja)
    • Surat perintah kuarantin KKM (kes kuarantin sahaja)
  6. Klik ‘Hantar’ kemudian klik ‘Saya Setuju’ dan permohonan anda akan diproses.
  7. Status tuntutan akan dikemaskini secara automatik setelah tuntutan anda disahkan.
  8. Sila hubungi hubungi pusat panggilan mySalam di talian 1 300 88 8938 untuk pertanyaan lanjut atau bantuan set semula kata laluan.
Mysalam-Covid1024_1 (1)

Untuk membuat proses tuntutan secara manual, anda boleh juga pergi ke mana-mana kios MySalam dengan membawa salinan Kad Pengenalan dan Dokumen yang diperlukan.

Untuk mengetahui lokasi kios MySalam, sila lihat senarai penuh di SINI (Rujuk FAQ No 28).

Baca Juga: myTNB Rebat Bil Elektrik RM40 Sebulan, Login Sistem Semakan

Maklumat Lanjut

Jika ada sebarang pertanyaan berkaitan proses tuntutan, anda boleh membuat pertanyaan dibawah:

Penafian – Bahan artikel kami share dihalaman ini hanyalah panduan dan rujukan yang berkaitan dengan “MySalam Covid 19: Jika Dikuarantin Atau Disahkan Positif Bayaran RM50/Sehari” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan berpandukan sumber official dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!