Home » Permohonan » MyKKP – Cara Guna Sistem Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan

MyKKP – Cara Guna Sistem Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan

MyKKP merupakan kemudahan atas talian yang disediakan oleh JKKP kepada penggunanya. Terdapat beberapa kemudahan-kemudahan dari gerbang digital KKP ini iaitu permohonan, pembayaran, aduan dan notifikasi. Kemudahan yang ada dalam permohonan ini adalah permohonan atas talian Permohonan boleh dilakukan dengan mengisi borang secara atas talian.

Borang ini telah dibangunkan dengan konsep membenarkan kesemua maklumat yang diperlukan (kecuali tandatangan) terus diisi/ditaip, dengan menggunakan komputer. Antara borang atas talian yang disediakan adalah JKJ105, JKJ106, JKJ101, JKJ103, JKJ102, JKKP5, JKKP6.

Manakala pembayaran atas talian kemudahannya adalah seperti pemeriksaan kilang dan jentera, bayaran ujian hidrostatik, bayaran proses Pegawai Keselamatan dan Kesihatan, jurutera dan drebar (enjin/stim). Seterusnya bagi kemudian di bawah aduan, anda boleh membuat aduan atau pemberitahuan kemalangan di tempat kerja. 

Cara MyKKP Login Dan Daftar

Bagi anda yang ingin mengakses ke akaun myKKP ini, berikut merupakan langkah-langkah untuk log in dan mendaftar MyKKP :

0️⃣1️⃣Masukkan URL berikut pada alamat browser: http://mykkp.dosh.gov.my

0️⃣2️⃣Log Masuk MyKKP

➟ Skrin Laman Utama MyKKP akan dipaparkan.
➟ Klik menu Pendaftaran

0️⃣3️⃣Laman Pendaftaran Maklumat Diri

➟ Skrin Pendaftaran akan dipaparkan.
➟ Sila masukkan maklumat yang dikehendaki ke dalam medan yang disediakan.
➟ Medan yang bertanda “*” adalah wajib diisi.
➟ Nama Penuh’ hendaklah diisi dengan “huruf” sahaja.
➟ Sila pilih “No Kad Pengenalan” atau “No Passport”, medan akan terpapar setelah di klik.
➟ Berdasar maklumat “No Kad Pengenalan”, tarikh lahir,negeri kelahiran ,jantina akan dipaparkan secara automatik.
➟ Sila masukkan bangsa daripada senarai yang dipaparkan.
➟ Sila masukkan alamat emel yang sah seperti contoh.
➟ Sila masukkan No.Telefon Bimbit seperti contoh.
➟ Klik butang Seterusnya.

0️⃣4️⃣Laman Alamat

➟ Skrin Alamat akan dipaparkan seperti dibawah.
➟ Medan yang bertanda “*” adalah wajib diisi.
➟ Masukkan ‘Alamat’ dan ‘Poskod’.
➟ Jika maklumat ‘Poskod’ dimasukkan dengan betul, maklumat ‘Bandar’ dan ‘Negeri’ akan dipaparkan secara automatik.
➟ Klik butang Seterusnya.

0️⃣5️⃣Laman Kata Laluan

➟ Skrin ‘Kata Laluan’ akan dipaparkan seperti dibawah.
➟ Medan yang bertanda “*” adalah wajib diisi.
➟ Bagi medan ‘IDPengguna’, sila masukkan gabungan aksara dan angka 10-15 digit.
➟ Bagi medan ‘Kata Laluan’, sila masukkan 7-15 digit kata laluan.
➟ Masukkan semua kata laluan pada medan ‘Pengesahan Kata Laluan’.
➟ Klik butang ‘Daftar’ dan anda dapat pengesahan pendaftaran sebelum log masuk ke MYKKP.

0️⃣6️⃣Pengesahan Pendaftaran

➟ Paparan pengesahan pendaftaran akan dipaparkan
➟ Seterusnya, sila masuk ke emel anda dan klik pautan yang disediakan.

0️⃣7️⃣Laman Emel

➟ Klik pautan Verifikasi Akaun MyKKP Saya untuk melakukan pengesahan emel.

0️⃣8️⃣Pengesahan Emel

➟ Skrin Pengesahan Emel anda Telah Berjaya akan dipaparkan

0️⃣9️⃣Laman Utama MyKKP akan dipaparkan

➟ Klik menu Log Masuk

1️⃣0️⃣ Laman Log Masuk

➟ Skrin ‘Log Masuk’ akan dipaparkan seperti di bawah..
➟ Sila masukkan ‘Login ID’ dan ‘Kata Laluan’ seperti yang didaftarkan.

Untuk panduan dan rujukan lebih lanjut anda boleh merujuk manual pengguna (Manual Pengguna)

Cara MyKKP Semakan OYK

Untuk membuat semakan Orang Yang Kompeten anda boleh ikuti cara di bawah :

☑️Sila layari ke laman web MyKKP di http://mykkp.dosh.gov.my/Semakan.aspx

☑️Kemudian semua senarai Orang Yang Kompeten akan dipapaprkan dan anda boleh klik pada senarai nama untuk melihat profil lebih terperinci

Cara MyKKP Semakan FYK

Untuk membuat semakan Firma Yang Kompeten anda boleh ikuti cara di bawah :

☑️Sila layari ke laman web MyKKP di http://mykkp.dosh.gov.my/SemakanFYK.aspx

☑️Kemudian semua senarai Firma Yang Kompeten akan dipaparkan dan anda boleh klik pada senarai nama untuk melihat profil yang lebih terperinci

Maklumat Lanjut

Semoga perkongsian di atas dapat dijadikan sebagai rujukan dan panduan untuk mengguna MyKKP ini. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut anda boleh hubungi :

📍Aras 1, 3, 4 & 5 Blok D4, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62530 W. P. Putrajaya

Faks: 03-8889 2443

☎️ Pusat Perkhidmatan Pelanggan: 03-8000 8000

📞Talian Terus: 03-8886 6496 / 03-8886 6497

📧 [email protected]

💻 Meja Bantuan MyKKP : mykkp.jitbit.com

📲 www.dosh.gov.my

Sumber : http://mykkp.dosh.gov.my

Penafian – Semua yang admin share dihalaman ini sekadar panduan tutorial dan ringkasan yang berkaitan dengan “MyKKP – Cara Guna Sistem Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan” sahaja. kami tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua hebahan berasaskan sumber rasmi dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!