Home » Permohonan » MyKasih Kapital: Mohon Modal Perniagaan Untuk Wanita RM1,000

MyKasih Kapital: Mohon Modal Perniagaan Untuk Wanita RM1,000

Program Bantuan MyKasih Kapital ini merupakan salah satu insentif tambahan kerajaan yang diumumkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan dilancarkan sempena Sambutan Hari Wanita pada 8 Mac 2021 yang lalu.

Dalam pembentangan Bajet 2022 baru- baru ini, sebanyak RM5 juta diperuntukan untuk pelaksanaan Program MyKasih Kapital untuk menggalakkan wanita menjana pendapatan dari rumah.

Insentif ini merupakan bantuan asas modal perniagaan yang akan diberikan di samping program bimbingan bagi menggalakkan perniagaan secara dalam talian.

Program ini dijangka memanfaatkan 5,000 peserta termasuk 2,000 ibu tunggal.

Program Bantuan MyKasih Kapital ini akan dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPKWM) melalui Yayasan Kebajikan Negara, Malaysia (YKN).

Jumlah Bantuan MyKasih Kapital

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan

Insentif tambahan untuk memberi faedah secara langsung kepada kaum wanita yang berbentuk suntikan modal perniagaan.

Pemberian insentif ini adalah sebagai satu usaha menggalakkan kaum wanita berniaga terutamanya yang terlibat dalam bidang e-dagang atau dropship.

Objektif

  1. Memperkasakan ekonomi kumpulan sasar yang terkesan dengan pandemik wabak COVID-19 melalui bantuan modal perniagaan.
  2. Membantu meningkatkan taraf hidup mereka yang memerlukan bantuan kewangan segera melalui peruntukan kewangan bagi memulakan perniagaan.
  3. Pendekatan yang mengoptimumkan potensi individu berdasarkan bidang kemahiran mereka agar tidak terus bergantung kepada bantuan kerajaan sepenuhnya.

Baca juga: Senarai Bantuan Kerajaan Bulan November 2021

Syarat Kelayakan

  1. Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas sahaja
  2. Golongan wanita sahaja
  3. Ketua keluarga yang merupakan pencari nafkah utama dalam keluarga
  4. Individu yang menanggung keluarga tetapi hilang mata pencarian utama
  5. Wanita yang mempunyai suami tetapi suami tidak berkeupayaan untuk mencari nafkah disebabkan sakit
  6. Berminat & bersungguh-sungguh menceburi bidang perniagaan sebagai sumber pendapatan

Baca juga: Jumlah Bantuan Keluarga Malaysia

Cara Permohonan

Pemohon perlulah mengemukakan permohonan melalui Yayasan Kebajikan Negara, KPWKM

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Yayasan Kebajikan Negara, Malaysia
Aras 8, Bangunan KPWKM,
No.55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
61200 Putrajaya

Penafian – Bahan artikel kami kongsikan diatas merupakan panduan tutorial dan rujukan yang related dengan “MyKasih Kapital: Mohon Modal Perniagaan Untuk Wanita RM1,000” sahaja. kami tidak ada kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua rujukan berpandukan sumber official dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes