Home » Bantuan » MyKasih: Permohonan & Kelayakan Bantuan Barang Makanan Secara Cashless

MyKasih: Permohonan & Kelayakan Bantuan Barang Makanan Secara Cashless

Permohonan & Kelayakan Bantuan Barang Makanan Secara Cashless

Kerajaan telahpun mengumumkan bantuan PRIHATIN Kasih, iaitu adalah sejenis inisiatif cashless (Sistem MyKasih) menggunakan MyKad untuk membeli barangan rumah.

Portal Malaysia ingin kongsikan maklumat lanjut tentang MyKasih untuk makluman bersama.

Apakah MyKasih Foundation?

MyKasih Foundation adalah organisasi NGO tempatan yang ditubuhkan pada tahun 2009 oleh Tan Sri Dr Ngau Boon Keat & isterinya Puan Sri Jean dengan misi untuk membantu keluarga & pelajar miskin.

Baca Juga : Rebat Pengangkutan Grab RM20 Untuk Pengambilan Vaksin Covid-19

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join WhatsApp Rasmi Bantuan Kerajaan :
Klik Sini

Bagaimanakah Ia Berfungsi?

Apabila keluarga terpilih disetujui oleh penderma, setiap keluarga akan mencalonkan penerima, di mana butiran akaun MyKad ini akan didaftarkan & diaktifkan dalam sistem ini untuk menerima bantuan secara cashless.

Penerima bantuan makanan mendapat elaun bulanan yang mereka peroleh semasa menggunakan kad pintar MyKad atau My Kasih mereka di kedai runcit yang mengambil bahagian.

MyKasih mempunyai lebih daripada 250 rakan runcit di seluruh negara termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa , 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya & pasar mini bebas.

Penerima boleh membeli barangan runcit asas daripada 10 kategori produk yang diluluskan iaitu:

  • beras
  • mi
  • roti
  • biskut
  • telur
  • perasa
  • tepung
  • minyak masak
  • makanan dalam tin
  • minuman

Cara Semakan

Bagaimanakah cara nak tahu status Prihatin Kasih? Anda boleh semak kelayakan anda mengikut langkah ini:

  1. Layari portal semakan di laman web ini http://www.mykasih.com.my/
  2. Pada bahagian atas paparan sila klik pada semak status bantuan PRIHATIN Kasih anda di sini pada SEMAK STATUS
  3. Sila masukkan nombor kad pengenalan anda tanpa (-). Contoh : 85XXXXXXXXXX
  4. Kemudian sila masukkan captcha imej yang betul berdasarkan imej yang diberi.
  5. Tekan pada butang Semak Status untuk semakan lanjut.

Baca Juga: Rebat Pengangkutan Grab RM20 Untuk Pengambilan Vaksin Covid-19

Cara Menggunakan Sistem MyKasih (Cashless)

Penerima yang layak menerima akan diberi penerangan mengenai kedai runcit terdekat untuk membeli keperluan runcit asas.

Secara asasnya, anda boleh merujuk kepada langkah & gambar rajah di bawah:

Cara Daftar / Apply MyKasih

Penerima My Kasih akan dikenal pasti daripada senarai yang sudah berdaftar di dalam pangkalan data kerajaan, iaitu pangkalan data e-Kasih.

Cara daftar ekasih: eKasih 2021: Daftar & Semak Status Bantuan Kemiskinan Online

Maklumat Lanjut

Jika anda ada sebarang pertanyaan boleh hubungi dengan cara dibawah:

Penafian – Bahan yang portalamalaysia share dihalaman ini sekadar panduan tutorial dan rujukan ringkasan artikel related dengan “MyKasih: Permohonan & Kelayakan Bantuan Barang Makanan Secara Cashless” sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan berpandukan sumber official dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!