Myjpj App: Aplikasi e-LKM e-LMM Digital Road Tax Malaysia Bermula 2023

Myjpj App: Aplikasi e-LKM e-LMM Digital Road Tax Malaysia

Myjpj App: Aplikasi e-LKM e-LMM Digital Road Tax Malaysia Bermula 2023 2

e-LKM itu apa?


e-LKM merupakan satu paparan digital yang membenarkan pengguna untuk mendapatkan Lesen Kenderaan Motor versi digital. Dengan adanya aplikasi ini, ia dapat memudahkan pengguna untuk ke mana sahaja tanpa perlu melekatkan lesen kenderaan motor atau roadtax JPJ di cermin kenderaan lagi. Menerusi aplikasi ini, pengguna hanya perlu mengakses roadtax JPJ atau cukai jalan secara atas talian / digital sahaja. Paparan e-LKM ini boleh diakses oleh pengguna yang berdaftar menerusi portal rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) secara atas talian.

Cara Daftar Myjpj App: e-LKM E-LMM


Aplikasi MyJPJ diwujudkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) adalah satu aplikasi atas talian yang mana membolehkan para pengguna jalan raya membuat semakan elkm elmm serta perkara perkara lain yang berkaitan dengan jalan raya. DIbawah ini disenaraikan cara-cara untuk mendaftar MyJPJ;

  1. Pengguna perlulah memuat turun aplikasi MyJPJ menerusi telefon bimbit pengguna terlebih dahulu.
  2. Buka aplikasi tersebut kemudian klik pada butang “Daftar Masuk”.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan dan klik pada butang “Hantar”.
  4. Isi maklumat yang diminta dengan lengkap dan betul serta klik pada butang “Hantar”.
  5. Isi soalan keselamatan dan tetapkan kata laluan serta klik pada butang “Hantar”.
  6. Pendaftaran pengguna berjaya.

Cara Login Aplikasi Jpj Roadtax


Setelah selesai mendaftar, pengguna aplikasi MyJOJ boleh terus log masuk ke aplikasi bila bila masa. Dibawah ini adalah cara untuk log masuk :

  1. Masukkan ID pengguna dan kata laluan yang sah.
  2. Klik pada butang “Log Masuk”.
  3. Akhir sekali, pengguna berjaya log masuk ke akaun MyJPJ mereka.

Cara Guna Digital Road Tax Malaysia Semasa Roadblock JPJ


Bagi mengikuti arus teknologi digitalilasi, kini roadtax boleh diakses secara digital secara atas talian sahaja berbanding dahulu yang menggunakan pelekat yang perlu dilekatkan di cermin kenderaan anda. Pemilik kenderaan atau pengguna boleh menunjukkan roadtax digital kepada pegawai JPJ yang bertugas. Pengguna hanya perlu log masuk ke MyJPJ dan klik pada paparan digital e-LKM dan e-LLM.

Semak status STR Fasa 3 anda disini

Cara Daftar Portal Awam public.jpj.gov.my


Portal https://public.jpj.gov.my yang dikenali dengan portal mySIKAP boleh diakses secara atas talian oleh pengguna jalan raya. Banyak kemudahan yang ditawarkan kepada pengguna menerusi aplikasi ini.

Berikut merupakan cara-cara untuk mendaftar di portal ini;

Myjpj App: Aplikasi e-LKM e-LMM Digital Road Tax Malaysia Bermula 2023 3
  • Layari laman sesawang https://public.jpj.gov.my seperti pada Rajah di atas ini
  • Masukkan butiran maklumat yang dikehendaki dengan betul dan lengkap.
  • Klik pada butang “Teruskan”.
  • Pengguna hendaklah semak dan sahkan maklumat yang diisi, klik pada butang “Teruskan”.
  • Notifikasi berkenaan pendaftaran berjaya akan dipaparkan kepada pengguna.
  • Akhir sekali, pengguna akan menerima ID pengguna dan kata laluan sementara melalui emel yang didaftarkan untuk tujuan log masuk kali pertama.

Cara Login Digital Road Tax Malaysia public.jpj.gov.my


Setelah berjaya membuat pendaftaran di portal MySIKAP. Pengguna boleh terus log masuk ke akaun pengguna yang telah didaftarkan.

Dibawah ini merupakan cara-cara untuk log masuk ke akaun pengguna;

  1. Layari laman sesawang public.jpj.gov.my seperti pada Rajah di bawah ini
  2. Masukkan butiran maklumat yang dikehendaki.
  3. Akhir sekali, klik pada butang “Log Masuk”.

Kenapa Roadtax Tak Perlu Tampal


Pada 12 Februari 2023 yang lalu, Kerajaan telah mengumumkan pelekat roadtax sudah tidak wajib lagi untuk dipaparkan di cermin kenderaan seperti dulu. Tujuan mempamerkan pelekat roadtax adalah bagi mengelakkan disaman oleh pihak JPJ dan kita sebagai pengguna akan sentiasa cakna dengan tarikh mati roadtax kenderaan kita.

Namun, terdapat banyak aduan yang diterima yang mana pelekat roadtax ini sedikit sebanyak menyusahkan para pengguna maka sudah tidak perlu mempamerkan lagi sticker roadtax tersebut yang mana kurang dari segi kualiti ; yang mana senang terkoyak, tulisan mudah pudar dan gam yang tidak kuat.

Kalau Tak Tampal Sticker Roadtax Kena Saman Tak


Bermula 10 Februari 2023, JPJ berkuatkuasa individu yang tidak menampal pelekat roadtax pada kenderaan mereka tidak akan disaman oleh pihak JPJ jika terdapatnya sekatan jalan raya. Walaubagaimanapun, pengguna jalan raya mestilah menunjukkan roadtax digital menerusi aplikasi MyJPJ sebagai bukti pengguna mempunyai roadtax kenderaan.

Roadblock JPJ: Warga Emas Boleh Tampal Road Tax


Teknologi yang semakin canggih menyebabkan banyak perkara boleh diakses secara digital oleh pengguna. Ianya bertujuan untuk memudahkan semua pengguna tanpa mengira umur. Walaubagaimanapun, ianya juga memberi impak kepada golongan yang buta IT terutamanya warga emas.

Bahkan, ianya boleh menyusahkan mereka serta pengguna jalan yang lain jika berlakunya sekatan jalan raya. Oleh itu, pihak Kerajaan masih memberi pilihan dan kelonggaran kepada warga emas untuk melekatkan roadtax mereka serta membawa lesen memandu kenderaan secara fizikal. Mereka tidak perlu membuat pendaftaran e-LKM dan e-LLM untuk mendapatkan lesen digital.

Mereka hanya perlu memaparkan dokumen tersebut seperti biasa tanpa perlu membuka telefon bimbit jika berlakunya sekatan jalan raya JPJ.

3 Cadangan Penambaikan Digital Road Tax Malaysia


Myjpj App: Aplikasi e-LKM e-LMM Digital Road Tax Malaysia Bermula 2023 4

Melalui portal MyJPJ yang mana telah ditubuhkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan untuk memudahkan para pengguna di Malaysia, terdapat juga beberapa hal yang boleh diambil kira oleh pihak JPJ untuk menambah baikkan portal awam JPJ :

  1. Menyediakan aplikasi JPJ yang dapat diakses tanpa kegunaan internet
  2. Menyediakan aplikasi JPJ yang mesra pengguna tanpa mengira umur serta lapisan masyarakat
  3. Menyediakan aplikasi cukai jalan yang boleh dimuat turun oleh semua peranti

 


Leave a Comment

Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3