Cara Daftar MyFutureJobs Perkeso


MyFutureJobs ialah platform di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Kementerian Sumber Manysia. Ia bertujuan untuk meningkatkan peluang pekerjaan kepada tenaga buruh dan permintaan pekerjaan dalam kalangan majikan.

Berdasarkan analisis kerajaan dimana jumlah pengangguran semakin meningkat dan ada sesetengah pekerja yang kehilangan pekerjaan akibat pendamik yang melanda negara kita Malaysia.

Oleh itu, kerajaan melancarkan MyFutureJobs untuk membantu masyarakat mencari peluang pekerjaan bagi penganggur dan graduan. Baca perkongsian di bawah tentang cara mendaftar MyFutureJobs :

Cara Daftar MyFutureJobs Perkeso

0️⃣1️⃣Untuk mendaftar MyFutureJobs, anda perlu pergi ke laman web myfuturejobs.gov.my

0️⃣2️⃣Kemudian, klik pada butang “register” di bawah untuk membuat pendaftaran akaun MyFutureJobs

0️⃣3️⃣Masukkan maklumat anda seperti E-mail, no kad pengenalan dan password kemudian klik pada “register

0️⃣4️⃣Baca Terma& Syarat serta Polisi Privasi sebelum anda meneruskan untuk mendaftar dan klik butang “accept” jika anda setuju dengan syarat dan polisi tersebut

0️⃣5️⃣Masukkan semua maklumat peribadi anda yang diperlukan untuk mendaftar akaun MyFutureJobs seperti Pekerjaan yang diingini, Pengalaman, Latar Belakang Pendidikan dan Kemahiran yang anda ada.

0️⃣6️⃣klik daftar dan anda akan mendapat akaun baharu untuk MyFutureJobs dan boleh muka mencari pekerjaan yang anda mahukan.

Semoga perkongsian diatas dapat memudahkan anda untuk mendaftar akaun di MyFutureJobs dan mendapat peluang pekerjaan yang anda impikan. Goodluck!

Maklumat Lanjut:

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut anda boleh melawati laman berikut:

Website : www.perkeso.gov.my/sip

IG : Instagram.com/eisperkeso


Email: [email protected]

Penafian – Bahan artikel portalamalaysia share diatas merupakan panduan dan rujukan artikel related dengan “Cara Daftar MyFutureJobs Perkeso” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua hebahan berpandukan sumber official dan sahih sahaja.



Leave a Comment

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia