MyFutureJobs: Panduan Mendaftar & Login Penjana Kerjaya 3.0 PERKESO
Jangan lepaskan peluang ini, semua majikan, graduan dan pencari kerja, kini anda boleh mendaftar MyFutureJobs untuk mendapatkan Program Insentif Pengambilan Pekerja yang telah dilaksanakan bermula 15 Julai 2021.
Ekoran kesan wabak COVID-19 yang memberi kesan terhadap perniagaan dan masalah pengangguran, program ini dibangunkan bagi merangsang pewujudan dan meningkatkan peluang pekerjaan.
Sama ada anda merupakan majikan ataupun pencari kerja, anda layak untuk menerima manfaat daripada program ini.
Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan :
Klik Sini
Ayuh, daftar MyFutureJobs sebelum 31 Disember 2021 untuk mendapatkan manfaat ini!
Portal Malaysia ingin kongsikan lebih lanjut tentang MyFutureJobs dan cara pendaftaran.
Senarai Kandungan
Apakah MyFutureJobs PERKESO?
PENJANAKERJAYA adalah insentif yang disediakan bagi menggalakkan majikan mengambil pekerja manakala MyFutureJobs adalah portal yang dibangunkan untuk pencari kerja, terutamanya bagi membantu mereka yang terjejas akibat wabak COVID-19.
Di bawah program PENJANAKERJAYA 3.0 ini, kerajaan telah memperuntukkan insentif kewangan untuk memberi elaun mencari pekerjaan kepada golongan penganggur, kehilangan kerja, termasuklah belia dan orang kelainan upaya (OKU).
Baca juga: SIP Prihatin 2.0 : Bantuan Khas RM300 Elaun Mencari Pekerjaan
Cara Daftar MyFutureJobs Bagi Pencari Kerja
Berikut adalah cara daftar MyFutureJobs bagi anda pencari kerja:
- Anda perlu mendaftar, sila lengkapkan butiran diri anda di laman web berikut: www.myfuturejobs.gov.my
- Daftarkan profil peribadi anda dengan menekan butang ‘Jobseeker Sign In’
- Sila klik pada butang ‘Register Here’ sebagai pengguna kali pertama
- Isikan e-mel & nombor kad pengenalan serta butiran-butiran yang diperlukan
- Setelah mendaftar, anda boleh terus login dan mencari bidang kerjaya yang diinginkan mengikut lokasi yang ditawarkan
- Kemaskini maklumat selanjutnya bagi membolehkan anda membuat permohonan kerjaya dengan lebih mudah.
Jika anda ingin melihat senarai tawaran pekerjaan di portal MyFutureJobs boleh gunakan cari dibawah:
- No. Telefon: 1-300-22-8000 / 03-80915300
- Emel: [email protected]
- Portal MyFutureJobs: www.myfuturejobs.gov.my
Inisiatif SIP Prihatin 2.0 & Penjana Kerjaya 3.0 PERKESO
Untuk makluman, pemohon kerja di portal MyFuture Jobs boleh menerima insentif melalui PenjanaKerjaya 3.0 yang merupakan penambahbaikan daripada PenjanaKerjaya 2.0 sebelum ini.
Permohonan PenjanaKerjaya ini adalah bagi pekerja yang telah melapor diri mulai dari 15 Jun sehingga 31 Disember 2021 dan digajikan oleh majikan dalam tempoh PenjanaKerjaya 3.0.
Tarikh akhir permohonan bagi insentif PenjanaKerjaya 3.0 adalah pada tarikh 31 Disember 2021.
Baca juga: Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) Sebanyak RM500 One-off Bermula Oktober 2021
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut:
- hubungi hotline di 03-8091 5300
- emel [email protected]
Anda boleh rujuk pautan ini bagi mendapatkan maklumat lanjut (FAQ) berkaitan permohonan Program PenjanaKerjaya 3.0 (PEMULIH) : https://www.perkeso.gov.my/…/150721_FAQ%20PENJANA…
Facebook: https://www.facebook.com/lamanrasmieisperkeso
Related Posts
- NASIONAL : Bantuan 1 Keluarga RM900 ~ Semakan & Agihan Bantuan Bermula September 2022
- Permohonan Rumah PPR Serendah RM124 Sebulan ~ Terbuka Untuk Seluruh Rakyat Malaysia
- Kemas Kini Maklumat Asas BKM 2022 Kini Dibuka ~ Ketahui Apa Yang Perlu Anda Lakukan
- BKM Fasa 3: Tarikh & Jumlah Bayaran Yang Perlu Anda Ketahui
- Semak Kelayakan Bantuan Lesen Keluarga Malaysia (BLKM) Melalui Portal e-Kasih