Untuk Makluman, MyEG menyediakan pelbagai kemudahan seperti pembaharuan lesen memandu, roadtax dan insurans kereta secara dalam talian sahaja.
Apa itu MyEG?
MYEG Services Berhad (“MYEG”) ialah pemegang konsesi untuk Aplikasi Utama MSC Kerajaan Elektronik Malaysia (“E-Government).
Buat masa kini, sudah terdapat banyak servis yang ditawarkan melalui portal dan aplikasinya seperti yang berikut:
- Pembaharuan lesen memandu
- Semak saman trafik PDRM
- Semakan resit cukai jalan
- Semakan status bankrap
- Semakan status pembantu rumah
- Pembaharuan roadtax
- Pembaharuan insuran kereta
Cara daftar MyEG
Proses pendaftaran akaun boleh dilakukan terus dengan mengikuti langkah-langkah berikut:
- Layari portal MyEG di pautan https://www.myeg.com.my/
- Klik pada tulisan LOGIN / REGISTER pada bahagian atas kanan halaman tersebut
- Klik pada butang “Create Account” untuk pendaftaran akaun baru
- Isikan segala maklumat yang dikehendaki
- Klik pada kotak “I’m not a robot”
- Klik butang Enter Details
- Emel beserta link pengesahan akan dihantar ke emel anda
- Buka emel dan klik pada link pengesahan untuk mengaktifkan akaun anda
Baca juga: Senarai Peraturan Baru Lesen Memandu Kereta dan Motor 2021
Cara Renew Lesen Memandu Roadtax / Insurans Kereta
Untuk memperbaharui lesen memandu, ianya cukup mudah.
- Log masuk ke akaun anda
- Klik pada logo Jabatan Pengangkutan Jalan
- Pilih perkhidmatan yang dikehendaki dengan klik pada butang “Driving License Renewal (CDL)”
- Lengkapkan segala butiran yang dikehendaki
- Lengkapkan pembayaran secara dalam talian
- Setelah lengkap pembayaran, lesen baru anda akan di pos ke alamat yang didaftarkan dalam sistem
Baca juga: Cara Mudah Report Kesalahan Trafik JPJ
Cara Renew Roadtax / Insurans Kereta
Roadtax dan insurans kereta dan motorsikal juga boleh diperbaharui dengan menggunakan portal ini.
- Log masuk ke akaun anda
- Klik pada logo Jabatan Pengangkutan Jalan
- Pilih perkhidmatan yang dikehendaki dengan klik pada butang
- “Auto Insurance Renewal (Car)” – Untuk kereta
- “Auto Insurance Renewal (Motorcycle)” – Untuk motorsikal
- Anda akan dibawa ke laman perkhidmatan “Compare” oleh MyEG dimana anda boleh membandingkan beberapa jenis insurans atau takaful untuk kenderaan anda
- Masukkan nombor plat kenderaan anda
- Klik pada butang “Next”
- Sahkan maklumat kenderaan anda adalah betul dengan klik pada kotak pengesahan
- Masukkan segala maklumat yang dikehendaki
- Senarai pilihan syarikat/pakej insurans/takaful akan dipaparkan
- Setelah memilih pakej insurans/takaful, lengkapkan pembayaran secara dalam talian. Anda juga boleh pilih untuk perbaharui roadtax atau cukai jalan anda sekaligus
- Roadtax dan insurans/takaful anda akan di pos ke alamat yang didaftarkan dalam sistem