Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melancarkan perkhidmatan portal digital baharu iaitu MyBayar Saman.
Pelancaran perkhidmatan itu adalah selaras dengan usaha kerajaan untuk mendigitalkan banyak perkhidmatan kerajaan sedia ada.
Anda juga boleh layari MyJPJ App untuk daftar roadtax.
MyBayar Saman
Perkhidmatan digital terbaru yang baru dilancarkan itu bertujuan memudahkan pengguna membayar petikan trafik terus kepada PDRM secara dalam talian.
TERKINI : KADAR BAYARAN RM50 UNTUK SEMUA SAMAN
Kadar istimewa yang dibayar sempena cuti Aidilfitri 2023.
Datuk Seri Anwar bin Ibrahim mengumumkan bahawa mulai 21 April 2023 hingga 21 Mei 2023, bayaran khas akan dibayar untuk semua saman trafik PDRM (untuk kesalahan pada 2022 dan sebelum).
Hanya RM50 untuk setiap saman.
Saluran Pembayaran
Untuk bayar saman diskaun ini, orang ramai boleh bayar saman bermula 21 April 2023 jam 8 pagi di saluran berikut :
- Aplikasi MyBayar Saman
- Semua kaunter bayaran trafik IPD dan IPK
- Mesin ATM Maybank
- Kaunter pejabat Pos Malaysia
Jangan lepaskan peluang ini! Rakan-rakan yang masih belum mendaftar sebagai pengguna MyBayar Saman, sila daftar secepat mungkin, supaya anda tidak perlu beratur panjang di kaunter pembayaran.
Cara Daftar MyBayar Saman
Cara mendaftar dalam talian di aplikasi atau portal MyBayar Saman dikongsikan di sini.
- Layari portal MyBayarSaman: https://mybayar.rmp.gov.my atau muat turun aplikasi MyBayarSaman melalui Google Playstore atau iOS Store.
- Klik butang Pendaftaran Pengguna Baru (New User Sign Up) untuk proses pendaftaran.
- Isikan maklumat dan isikan OTP untuk pengesahan.
- Log masuk selepas pendaftaran.
- Mulakan dengan membuat Semakan Saman dan ketahui jumlah yang anda perlu bayar.
- Bayar secara online dengan kaedah pembayaran pilihan anda.
Cara Membayar Saman melalui Portal/App MyBayar Saman
Untuk membayar saman melalui portal, ikuti langkah berikut:
- Layari laman web https://mybayar.rmp.gov.my/.
- Klik “Daftar”.
- Isikan maklumat peribadi dengan betul.
- Anda kemudian akan menerima pengesahan OTP pada telefon anda.
- Log masuk no. ID dan kata laluan berdaftar.
- Butiran saman akan dipaparkan.
- Klik butang “Bayar” pada butiran tuntutan.
- Semak saman yang anda bayar.
- Pilih kaedah pembayaran dan klik butang “Bayar”.
pembayaran selesai.
Info Lanjut
Untuk maklumat lanjut mengenai aplikasi MyBayar Saman, layari laman Facebook Rasmi PDRM.