MyAsnb Login | Portal MyAsnb ini adalah dimiliki oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) dan ianya merupakan sebuah platform portal rasmi dalam talian yang mudah & selamat. Bertujuan untuk memudahkan pelanggan ASNB melihat pegangan dan melaksanakan urusniaga secara online.
Sistem MyAsnb Login Online
Sistem MyASNB ini memberikan banyak kemudahan kepada pemegang unit antaranya :
📌Menyimpan maklumat portfolio pelaburan
📌Dapat lihat rekod urusniaga MyASNB
📌Memaparkan penyata akaun
📌Melakukan pelaburan ASB tambahan
Cara Daftar MyAsnb
Untuk menggunakan sistem MyAsnb dan mobile app My ASNB ini, anda perlu daftar di portal rasmi tersebut terlebih dahulu. Ikuti cara ringkas pendaftaran di bawah:
0️⃣1️⃣Pergi ke portal MyASNB di https://www.myasnb.com.my
0️⃣2️⃣Klik pada “DAFTAR AKAUN” dan tekan pada “Daftar Di Sini”.
0️⃣3️⃣Tekan butang “TERUSKAN” setelah anda baca info yang berkaitan. Tekan pada kotak “SETUJU”.
0️⃣4️⃣Isi maklumat-maklumat peribadi yang diperlukan.
0️⃣5️⃣Pilih 1 produk ASNB yang ingin dilanggani. Tekan “SETERUSNYA”.
0️⃣6️⃣Sila buat pengesahan TAC dan tekan “SETERUSNYA”.
0️⃣7️⃣Cipta ID, alamat e-mel dan frasa rahsia anda. Tekan “TAMAT”.
0️⃣8️⃣Kata Laluan sementara akan diberikan kepada anda.
0️⃣9️⃣Log Masuk semula menggunakan ID dan Kata Laluan sementara tadi.
1️⃣0️⃣Sila tukar kata laluan anda yang baru. Selesai.
Tahniah, anda telah pun mempunyai akaun ASB online yang baru. Jika inginkan maklumat yang terperinci, sila lihat cara pendaftaran di video di bawah.
Semak Baki Akaun Asb Online
Untuk menyemak baki & penyata akaun My ASB yang telah didaftarkan, anda boleh lakukanya secara online sahaja.
0️⃣1️⃣Pergi ke Portal Rasmi di bawah, dan Log Masuk. Login Sini
0️⃣2️⃣Masukkan ID & Kata Laluan.
0️⃣3️⃣Anda sudah boleh menggunakan sistem tersebut.
0️⃣4️⃣Buat semakan bagi dalam sistem tersebut.
Boleh semak baki, penyata dan buat pelaburan tambahan. Sistem www.asnb.com.my login ini juga akan link kepada akaun bank online anda dan boleh transfer jumlah yang anda inginkan untuk disimpan di ASB.
Berikut merupakan tutorial ringkas yang Portal Malaysia kongsikan kepada anda. Mudah-mudahan info-info ini dapat memudahkan urusan anda.