My50 : Pas Perjalanan Tanpa Had RM50 LRT, MRT, Monorel dan Bas Rapid

My50 ialah pas perjalanan tanpa had yang menawarkan 30 hari perjalanan tanpa had. Pas My50 dijayakan dengan peruntukan RM115 juta di bawah Pelan Pemulihan Nasional yang mengurangkan tambang biasa RM200 kepada RM50 sebulan.

Subsidi kerajaan akan membolehkan Prasarana menyediakan kemudahan itu pada kadar yang berpatutan untuk penumpang yang bergantung kepada perkhidmatan mereka.Pas My30 sebelum ini telah diperkenalkan pada Jun 2020 untuk membantu orang ramai mengharungi kesan COVID-19.Sebelum wabak, pas perjalanan tanpa had untuk perkhidmatan bas dan kereta api Rapid KL termasuk LRT, BRT, MRT, monorel dan bas pengantara MRT berharga RM100/bulan.

Baca juga: Pas Keluarga Malaysia : Pakej Perjalanan Tanpa Had RM15 Untuk 4 Orang

Harga Pas:

 Harga My50 ialah RM50. 

Tarikh Belian Pas My50:

 My50 boleh dibeli bermula dari 1 Januari hingga 31 Disember 2022. 

Kelayakan:


  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  2. Mempunyai MyKad atau MyTentera yang sah
  3. Berada Lembah Klang dan di Pulau Pinang. 

Cara pembelian My50:


Pembelian My50 boleh dibuat di:

1)Pejabat Khidmat Pelanggan Rapid KL di semua stesen:

  • LRT
  • MRT
  • Monorel
  • BRT

2) Hab bas terpilih:

  • Pasar Seni
  • Chow Kit
  • KLCC
  • Sri Nilam
  • Puchong Utama
  • Pearl Point
  • Sunway Pyramid
  • Greenwood
  • Seksyen 2 Shah Alam

3) Kiosk Rapid Penang:

  • Komtar
  • Weld Quay (Terminal B)
  • Penang Sentral
  • Bukit Jambul
  • Ibu Pejabat Rapid Penang (Lorong Kulit)
  • Kompleks Dato’ Kailan (Kepala Batas)
  • Balik Pulau
  • Bukit Mertajam

Kelebihan Pas My50:

Bergantung kepada lokasi, manfaat pas perjalanan ini mungkin berbeza seperti yang berikut:

Lembah Klang:

  • Pas perjalanan tanpa had.
  • Menawarkan 30 hari perjalanan tanpa had.
  • Hanya di Rapid KL LRT, MRT, Monorel, BRT, bas Rapid KL dan perkhidmatan bas pengantara MRT di Lembah Klang.

Pulau Pinang: 

  • My50 Mutiara Pass.
  • Menawarkan 30 hari perjalanan tanpa had.
  • Untuk semua rakyat Malaysia dengan perkhidmatan bas Rapid Penang.

Kuantan: 

  • My50 tidak tersedia untuk perkhidmatan Rapid Kuantan.

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut mengenai pas My50 ini, sila emelkan kepada kami di [email protected] atau hubungi myRapid di 03-7885 2585 


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3