MV Terbaru Caprice Undang Kecaman Netizen

Selegram dan juga penyanyi rap yang penuh dengan kontoversi iaitu Caprice semalam telah menayangkan MV terbaru lagu Ayah yang mengabungkan dia bersama penyanyi rap terkenal tanah air iaitu Sonaone , Tuju Dan Juga Zynnakal.

Lagu terbaru itu bole ditonton di youtube miliknya dan telah mendapat kritikan ramai netizen malah mendapat banyak komen negatif mengenai dirinya.

MV Terbaru Caprice Undang Kecaman Netizen 2

Dalam sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram, semalam, seiring dengan mempromosikan pelancaran single terbarunya berjudul Ayah yang juga pada hari, semalam.

Caprice sempat meluahkan rasa terkilan kerana netizen dari dulu sehingga kini masih mempertikaikan caranya memperjuangkan jihad sebagaimana yang dia laungkan sebelum ini.

Caprice atau yang sekarang dikenali sebagai Daddycap berkata dia percaya jika seseorang itu mahu lakukan satu kebaikan, tidak perlu untuk tunggu sehingga dirinya menjadi insan yang sempurna.

“Cap tak faham kenape ramai tak habis2 petik “Jihad” cap baru2 ni. Tapi dari lagu Chikaro, Xde Hal Bro, dan BAL.. ok je cap berkarya at the same time do my “jihad in education”. Tak kan nak tunggu jadi perfect baru nak cuba buat bende baik?

“Cap memang suka berkarya dalam seni hiphop tapi at the same time, selama 5 tahun ni alhamdulillah kita dapat bina apps like mengaji.com, Umrahloka, and IslamPro for our communities. Just my SMALL contribution to help more bad people like me.

Yang tak habis2 perli jihad kita, saya tak akan berhenti “jihad in education” since kita bukan buat tu demi manusia

Tetapi saya akan tetap berkarya dalam musik dan filem.

Korang yang ahli syurga cap nak ucap taniah sebab awal2 dah boleh bau syurga, insyaAllah one day my small contributions can be weighed in the hereafter.

And btw, JustSolat app will be launched this bulan puasa on Android & iOS.

Mengakui sedih kerana karya seninya dipertikaikan malah sering dikaitkan dengan perkataan “jihad” Caprice tetap mengatur langkah agar dapat menikmati hasil kerjayanya sendiri dalam industri muzik dan juga filem.

MV Terbaru Caprice Undang Kecaman Netizen 3

 

Terdapat banyak komen yang memberi nasihat dan juga memerli Caprice kerana video klip berkenaan menampilkan wanita yang tidak menutup aurat dengan tarian yang menggoda malah ada beberapa scene yang tidak enak dilihat.

Tidak kurang juga ada yang memihak kepada Caprice dan menyokong kerjayanya yang sememangnya menghasilkan lagu yang enak didengar dan juga trending.

Netizen meminta agar muzik dan lagu selepas ini menghasilkan video dengan cara yang lebih sesuai agar boleh di tonton oleh para penggemar.


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3