UPM sememangnya mempunyai Muzium Anatomi di dalamnya. Universiti Pertanian Malaysia menawarkan beberapa tempat menarik dan sememangnya agak “luar biasa” berbanding dengan tempat-tempat yang anda pernah kunjungi. Sekiranya anda sedang mencari destinasi percutian yang padat dengan ilmu pengetahuan, terutamanya dalam bidang anatomi, UPM harus menjadi pilihan anda.
Program Edu-Park di UPM menyediakan banyak pilihan lokasi para pengunjung. Antara yang paling menarik minat admin ialah, muzium anatomi manusia dan haiwan, serta muzium patologi.
Baca juga: Thailand Benarkan Pelancongan Tanpa Pas Thailand | 1JULAI 2022
Senarai Kandungan
Muzium Anatomi Manusia, UPM
Muzium Anatomi Manusia yang berlokasi di dalam Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan ini mempamerkan pelbagai maklumat berkaitan tentang kesihatan manusia iaitu melalui spesimen organ manusia yang sebenar, poster-poster kesihatan serta model rangka manusa buatan.
Disinilah merupakan satu tempat yang sesuai dan selesa untuk para pelawat mempelajari mengenai anatomi atau tubuh badan manusia. Yang menariknya, pameran juga disertai dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat.
Aktiviti Muzium Anatomi Manusia:
- Melawat muzium dengan iringan pemandu pelancong
- Berpeluang mempelalajari dan mengenali pelbagai sistem di dalam badan manusia
- Sistem anatomi dan fisiologi
- Sistem penafasan
- Sistem otot dan rangka
- Sistem penghadaman dan perkumuhan
- Sistem pembiakan
- Sistem peredaran darah
- Lokasi: Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Manusia, UPM (link google maps)
- Harga Tiket: Dewasa (RM14), Kanak-kanak (RM7)
Muzium Anatomi Haiwan, UPM
Seperti yang kita semua maklum, dinosaur telahpun meninggalkan kita beratus-ratus abad tahun yang lalu. Walaupun begitu, aktiviti dan ekspidisi pencarian rangka serta tulang haiwan masih diteruskan. Oleh itu, sebahagian daripada replika tulang dan fosil haiwan tersebut ada dipamerkan di dalam Muzium Anatomi Haiwan. Ditubuhkan pada 1979, muzium ini turut digunakan oleh para penuntut bidang veterinar sebelum mereka berjaya menggenggam segulung ijazah sebagai doktor veterinar.
Melawat lawatan di muzium ini, pengunjung akan mendapat pengetahuan mengenai tentang perbezaan dari segi struktur anatomi bagi spesies haiwan yang berlainan. Pelawat juga akan didedahkan dengan pengalaman dalam proses untuk menyediakan spesimen untuk muzium, iaitu melalui bermacam-macam aktiviti ‘hands-on’ dan virtual dissection.
Aktiviti Muzium Anatomi Haiwan:
- Melawat muzium sambil meneroka dan mengenali anatomi haiwan
- Melakukan dissection, atau pembedahan ke atas haiwan secara maya, iaitu mengunakan interactive board
- Lokasi: Fakulti Veterinar, UPM (link google maps)
- Harga Tiket: RM7
Muzium Patologi, UPM
Sekiranya anda ingin mengenalpasti apakah kesan akibat mengamalkan amalan tidak sihat dalam kehidupan seharian, anda boleh berkunjung ke Muzium Patologi UPM. Seperti yang kita semua maklum, terdapat banyak kesan memudaratkan yang akan terjadi pada tubuh badan kita akibat daripada amalan-amalan tidak sihat tersebut.
Yang menariknya, anda dapat melihat kesan tersebut pada spesimen organ manusia sebenar. Semuanya ada dipamerkan di Fakulti Perubatan dan Sains UPM ini. Anda amat digalakkan untuk membawa anak-anak anda bersama kerana banyak perkara baru yang bakal mereka pelajari.
Aktiviti Muzium Patologi:
Melawat pelbagai bahagian di Muzium Patologi (Harga tiket: RM7)
General Pathology (Harga tiket: RM36)
No pain No Gain (keradangan akut)
Sistem Gastrointestinal
Sistem kardiovaskular
Rumah Sel
Sistem pernafasan
Hematologi (pilihan 2 aktiviti) (Harga Tiket RM36)
My Blood and I
My. Komponen Darah
My. Sel Darah
Darah.Sakit.My
Stay Healthy (Harga Tiket RM36)
Fever: Friend or Foe
URWhatUEat
Hand Hygiene
Secara keseluruhannya, para pengunjung di Muzium Patologi ini akan berpeluang untuk mempelajari dan mengenali pelbagai jenis penyakit, cara mengatasinya dan apakah kesan penyakit tersebut terhadap kesihatan kita.
- Lokasi: Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Manusia, UPM (link google maps)
- Harga Tiket: Berbeza mengikut pilihan aktiviti