Mustawa Family Cafe | Grab 10% Diskaun Untuk Latest Smoothies !


Trip ke Kuala Selangor, samada untuk melihat kelip-kelip ataupun menikmati sunset yang indah di Sky Mirror tidak lengkap tanpa kunjungan ke Mustawa Family Cafe!

Ya, sejak kebelakangan ini sudah ramai penduduk kota/bandar yang sibuk seperti di Kuala Lumpur mula mencari tempat lawatan yang berasaskan desa setiap kali masing-masing dibebani dengan tekanan kerja. Kuala Selangor merupakan salah satu tempat yang sempurna kerana hanya berjarak lebih kurang 1jam setengah dari KL.

Jarak pemanduan yang dekat, serta penuh dengan tempat-tempat yang seronok untuk dikunjungi – menjadikan Kuala Selangor sebagai tempat tumpuan bagi mereka yang ingin mendapatkan ketenangan. Disempurnakan lagi dengan adanya ada restoran yang cozy dan affordable seperti Mustawa Family Cafe


Baca juga: 4 Aktiviti Outdoor Popular Di Dabong, Kelantan

Lokasi Mustawa Family Cafe

Mustawa Family Cafe terletak di Pasir Penambang, Kuala Selangor iaitu berdekatan dengan Hospital Tanjung Karang yang baharu.  Ia terletak di barisan deretan kedai yang menghadap jalan ke Tanjung Karang serta agak setentang dengan pasaraya Silwana Hypermart (dahulu dikenali dengan Pasaraya Mustafa).

Oleh itu, anda yang ingin ke Tanjung Karang pasti tidak akan sukar untuk menemui restoran ini kerana lokasinya yang strategik dan jangan bimbang, terdapat banyak slot parking kereta di sana.


Dekorasi Mustawa Family Cafe

MUSTAWA FAMILY CAFE

Dari luaran, restoran ini kelihatan sangat unik dengan dekorasinya yang seperti sebuah pondok besar yang berbumbungkan atap nipah. Sekali pandang, seperti pondok orang dahulu-dahulu! Anda yang gemarkan sentuhan gaya tradisional pasti akan terpesona melihat tema restoran ini.

Walaupun luarannya seperti pondok klasik, tetapi anda akan tidak percaya dengan keselesaan yang ditawarkan oleh premis ini sebaik sahaja anda melangkah masuk ke dalam!

Terdapat banyak meja dan ruang untuk anda duduk, dan sudah tentu..ia dilengkapi dengan penghawa-dingin =)


Menu

Terdapat pelbagai menu yang ditawarkan di sini seperti Kopi, Nasi Kambing, Western food, Pasta, Nasi Ayam Penyet, Stik dan Kambing, Nasi Goreng.

 

 

Yang menariknya, mereka juga menerima tempahan tempat untuk Majlis Kecil-kecilan Seperti Sambutan Ulang Tahun Dan Lain-lain!

Promo Menu Baru!

Kini terdapat promo sempena minuman baharu mereka – Mustawa Mango Smoothies dan Mustawa Smoothies Mango


Klik untuk dapatkan 10% Diskaun!

  • Alamat:  46, Jalan Peninsula Utama 1, Peninsula Park, 45000 Kuala Selangor, Selangor
  • Waktu Operasi :Setiap hari, 9.00am-11.00pm

Website | Facebook | Order Foodpanda | Lokasi




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3