Home » Bantuan » Musaadah Tijariyyah 2.0 : Permohonan Bantuan Modal Perniagaan RM3,000

Musaadah Tijariyyah 2.0 : Permohonan Bantuan Modal Perniagaan RM3,000

MUSAADAH TIJARIYYAH 2.0

Anda ingin mulakan perniagaan tetapi kekurangan modal? Tahukah anda apa yang baitulmal boleh bantu anda?

Jom mohon bantuan musa’adah Tijariyyah 2.0!

Bantuan ini akan dibuka mulai 16 Oktober hingga 30 Oktober 2021.

Portal Malaysia ingin kongsikan lebih lanjut tentang syarat-syarat dan cara permohonan bantuan.

Apakah Musaadah Tijariyyah 2.0?

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan

Bantuan Zakat Perniagaan Musaadah Tijariyyah ini merupakan salah satu usaha MAIWP bagi membantu meringankan beban orang awam susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak COVID-19.

Bantuan ini akan diberikan kepada penjaja/peniaga kecil yang terjejas sumber pendapatan agar dapat meneruskan kelangsungan hidup dalam tempoh ini.

Pemohon yang lulus diwajibkan menghadiri sesi Seminar Asas Keusahawanan sebelum proses bayaran dilaksanakan.

Baca juga: Bantuan Kewangan RM300 Tanpa Perlu Buat Permohonan

Kadar Bantuan Musaadah Tijariyyah 2.0

Jumlah bantuan adalah RM3,000.00 bagi setiap penerima yang layak.

Syarat Permohonan Musaadah Tijariyyah 2.0

Syarat-syarat permohonan bantuan ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia sahaja
  2. Bermastautin dan masih menetap di Wilayah Persekutuan sekurang- kurangnya 1 tahun
  3. Bermastautin di Wilayah Persekutuan
  4. Tertakluk kepada Had Kifayah
  5. Bukan penerima bantuan Perniagaan Baitulmal MAIWP dalam tempoh 2 tahun dan Musaadah Tijariyyah 1.0

Perniagaan Yang Dibenarkan

  1. Makanan dan minuman
  2. Barangan Kering (pakaian, kasut, aksesori, produk kecantikan, bahan bacaan ilmiah)
  3. Perkhidmatan (gunting rambut, salun dan spa kecantikan, wirering, urutan)
  4. Produk-produk yang bercanggah dengan hukum syarak tidak dipertimbangkan

Dokumen Yang Diperlukan

Pemohon perlu mengemukakan dokumen sokongan yang diperlukan seperti berikut :

  • Salinan kad pengenalan pemohon & pasangan anda
  • Surat akuan sumpah pendapatan pemohon & pasangan anda
  • Salinan lengkap SSM yang masih aktif
  • Satu Salinan penyata akaun / surat pengesahan akaun bank individu yang menunjukkan maklumat pemohon dan transaksi terakhir / terkini (kecuali Tabung Haji dan ASB)

Lokasi / Tapak Perniagaan Yang Dibenarkan

  1. Premis perniagaan boleh samada di dalam/ luar Wilayah Persekutuan
  2. Permis atau kedai yang berada di luar Wilayah Persekutuan boleh dipertimbangkan bagi kes-kes seperti berikut:
  • Perniagaan bergerak
  • Premis berada di kawasan Lembah Klang / Kuala Lumpur / Selangor
  • Pelatih/ penghuni di bawah institusi MAIWP tidak terikat dengan kawasan Lembah Klang

Cara Permohonan

Borang Permohonan Online boleh dimuatnaik di laman web www.maiwp.gov.my

ATAU

Borang manual boleh diambil di Pusat Agihan Zakat (PAZA).

Lokasi penghantaran borang :

  • Pusat Agihan Zakat (PAZA)
  • MAIWP Cawangan Labuan dan Putrajaya

Tarikh Permohonan

Permohonan dibuka mulai tarikh 16 Oktober 2021 hingga 31 Oktober 2021.

Baca juga: Bantuan Warga Emas RM500 Sebulan – Mohon Untuk Ibu Bapa

Maklumat Lanjut

Bagi sebarang maklumat lanjut anda boleh layari laman web di pautan dibawah:

  1. https://www.maiwp.gov.my/i/index.php/en/download/category/84-garis-panduan-permohonan-program-musa-adah-tijariyyah-2-0-baitulmal-maiwp 
  2. Telefon: 03- 4047 9444 / Faks: 03- 4044 9444
Penafian – Semua artikel kami kongsikan diatas sekadar panduan dan ringkasan artikel berkaitan dengan “Musaadah Tijariyyah 2.0 : Permohonan Bantuan Modal Perniagaan RM3,000” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, segala rujukan berasaskan sumber official dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes