Pelakon terkenal , Ako Mustapha dikhabarkan telah dikejarkan ke hospital kelmarin dan kini sedang dirawat di Zon Merah (Zon Kritikal) di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat kekurangan insulin di dalam badan.
Perkara tersebut telah dikongsi oleh isterinya, Kartina Shuaib di akaun media sosial pasangan tersebut yang mana setelah dihubungi isterinya menerangkan bahawa Ako terpaksa dikejarkan ke HKL akibat saraf dan otot tubuhnya tidak dapat berfungsi dengan baik.
Ako atau nama sebenarnya, Muhaizad Ahmad Mustapha, 51, dikatakan tidak mengambil ubat kencing manis selama seminggu dan dia tidak mengetahui perkara tersebut kerana dia bekerja di luar kawasan.
“Ako tinggal bersama anak-anak dan bekerja seperti biasa. Saya tidak tahu dia tidak mengambil ubat kencing manis sepanjang saya tiada di rumah”.
“Apabila kembali daripada bertugas, saya lihat wajahnya sudah lain. Dia memaklumkan baru muntah selepas menjamah sup dan meminum air”.
“Saya nasihatkan dia supaya segera ke hospital untuk rawatan, tetapi dia menolak. Apabila mukanya mula senget, saya terus hubungi ambulans,” ceritanya lagi.
BACA : “Saya terima dengan hati terbuka dan lapang dada,” – Adira
Namun Kartina menegaskan bahawa suaminya tidak berdepan serangan strok semasa kejadian tersebut berlaku dan perkembangan kesihatan suaminya itu akan dipantau selama 24 jam untuk rawatan selanjutnya.
Bukan Serangan Strok
Malah suaminya kini sudah boleh membuka mulut dan bertutur tetapi keadaannya masih lemah. Dia berterima kasih kepada orang rama kerana mendoakan suaminya dan memanjatkan rasa syukur kerana suaminya itu semakin pulih .
“Doktor memaklumkan bukan strok, tetapi disebabkan kekurangan insulin dalam badan. Dia diberikan doktor air, glukosa beserta insulin,” jelasnya.
“Pernafasannya lemah dan kuantiti oksigen juga menurun. Alhamdulillah, doktor di HKL pantas memberikan rawatan dan dia sudah boleh membuka mata serta senyum.
“Sekarang dia dipindahkan ke Wad Isolasi yang tidak membenarkan sesiapa melawat,” katanya.
Pasangan ini , Ako dan Kartina telah mendirikan rumah tangga pada 17 Januari 2009 serta dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu 3 perempuan 1 lelaki