Moratorium Untuk Mangsa Banjir 2021/2022


Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, terdapat beberapa sektor perbankan dan agensi kerajaan telah melaksanakan inisiatif-inisiatif bagi tujuan meringankan beban rakyat dan perniagaan terutamanya daripada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang terkesan akibat bencana banjir yang telah melanda negara kita baru-baru ini.

Bantuan ini termasuklah bayaran balik pinjaman untuk mangsa-mangsa banjir bagi pinjaman perumahan dan hartanah, kenderaan, kad kredit serta pinjaman peribadi sehingga enam bulan.

Moratorium Bank:

Berikut merupakan bank yang menawarkan moratorium untuk mangsa banjir, antaranya adalah:

1.Bank Rakyat

Pelanggan Bank Rakyat yang menghadapi kesukaran untuk meneruskan pembayaran pembiayaan akibat terkesan dengan bencana ini boleh memohon bantuan moratorium ini bermula 20 Januari.

Antara produk Bank Rakyat yang ditawarkan untuk bantuan moratorium ini termasuk:

  1. Pembiayaan Peribadi-i.
  2. Pembiayaan Perumahan-i.
  3. Pembiayaan Kenderaan-i.
  4. Sewa Beli Kenderaan-i.
  5. Pembiayaan Pendidikan-i.
  6. Pembiayaan Mikro-i.

Pelanggan boleh menghubungi Bank melalui e-mel [email protected] dengan menyertakan:

  • Nama penuh.
  • Nombor kad pengenalan.
  • Alamat terjeja.
  • Nombor telefon bimbit untuk dihubungi.
  • Jenis pembiayaan.
  • Salinan bil utiliti yang mengesahkan alamat pelanggan.

Pelanggan juga boleh menghubungi Pusat Panggilan di talian 1300800800 dan mengunjungi cawangan Bank Rakyat atau Susulan Berpusat Wilayah yang berdekatan.

2. Agro Bank

Moratorium atau penangguhan bayaran ansuran pembiayaan untuk pelanggan yang kehilangan sumber pendapatan dan mengalami kemusnahan projek (80-100%)

  • Boleh dipertimbangkan penangguhan bayaran ansuran bulanan sehingga 12 bulan.
  • Penyusunan dan penstrukturan semula pembiayaan untuk pelanggan yang berkelayakan yang terlibat dengan bencana banjir.
  • Pengecualian caj bagi penggantian kad ATM dan Buku Simpanan yang telah musnah dalam bencana banjir.

Pelanggan boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan Agrobank di talian 1 300 88 2476 atau pegawai-pegawai di cawangan Agrobank yang berdekatan untuk maklumat lanjut mengenai pelan bantuan tersebut.

3. Bank Muamalat

Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) menawarkan Tempoh Bayaran Moratorium (MPP) sehingga enam (6) bulan untuk semua kemudahan pembiayaannya kepada pelanggan Bank Muamalat sama ada individu yang tinggal di kawasan dilanda banjir atau perniagaan yang berada di kawasan tersebut.


Bank Muamalat prihatin terhadap kesejahteraan pelanggannya yang terjejas susulan keadaan banjir yang berlarutan yang menyebabkan ribuan mangsa terpaksa dipindahkan, ladang musnah dan peniaga terpaksa menutup sementara operasi perniagaan. Oleh yang demikian, Bank Muamalat menawarkan moratorium sehingga enam bulan kepada pelanggan, dengan menilai setiap permohonan berdasarkan keperluan setiap kes.

  1. Permohonan boleh dibuat dari 27 Disember 2021 hingga 15 Februari 2022.
  2.  Sila kemukakan dokumen berikut:
  • Gambar berkaitan banjir seperti rumah, kenderaan dan sebagainya.
  • Pengesahan dari pihak berkuasa tempatan.
  • Lain-lain dokumen (jika berkenaan).

Sila muat turun Borang Permohonan “Service Request Form (SRF)” yang tersedia di laman sesawang MAP Bank Muamalat dan e-mel bersama dokumen sokongan yang berkaitan ke [email protected] selewat – lewatnya pada 15 Februari 2022 atau hubungi Bank Muamalat di talian +603-2600 5500.

*Jika bank perbankan anda tidak dinyatakan, sila hubungi talian bank masing-masing.

Maklumat Lanjut:

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai moratorium mangsa banjir, sila dapatkan lebih info di portal bank perbankan anda masing-masing atau hubungi talian bank perbankan anda.

Penafian – Bahan yang kami kongsikan dihalaman ini merupakan panduan tutorial dan rujukan artikel related dengan “Moratorium Untuk Mangsa Banjir 2021/2022” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua rujukan berasaskan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.



APDM
EOperasi KPM Login
ESPKWS KPM Login
mybsn
Semakan KWSP 2.0
BKM 2022
SPLKPM
PTPTN Login 2022
Penyata Gaji
SPA9
Doa Buka Puasa
Doa Dhuha
MySalam
KWSP 2.0 10k upu online