Moratorium Khas Dipertimbang – PM Ismail


Baru-baru ini, Malaysia sedia mempertimbangkan usul untuk memberi moratorium khas buat pemain sektor Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS).

Menurut Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob akan dilaksanakan bersama Kementerian Pembangunan Keusahawanan, Koperasi serta Kementerian Kewangan (MOF).

Baca juga:

Menurut Pengerusi Majlis Pemulihan Negara Muhyiddin Yassin, bank-bank tempatan tidak akan menanggung kerugian sekiranya kerajaan melaksanakan moratorium khas untuk sektor perusahaan mikro kecil dan sederhana (PKMS).

Menurutnya lagi moratorium khas itu wajar dilaksanakan memandangkan sektor berkenaan masih belum pulih sepenuhnya akibat pandemik Covid-19 dan akan menanggung beban hutang yang tinggi, ditambah dengan peningkatan kadar dasar semalaman (OPR) oleh Bank Negara.

Langkah itu sekali gus membolehkan orang ramai menangguhkan pembayaran pinjaman bank seperti pinjaman perumahan dan kenderaan bagi meringankan beban semasa mereka.

Sekadar info, sektor PMKS menyumbang hampir 96% pada kegiatan ekonomi negara dan hampir 50% petugas pekerja berkhidmat pada sektor ini.

 

Sumber: MALAYSIA KINI


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3