Cara Mohon Moratorium B40, M40, T20 & PKS Untuk Semua Akaun Bank Mulai 7 Julai 2021


Moratorium B40, M40, T20 & PKS Untuk Semua Akaun Bank Mulai 7 Julai 2021

Berita baik yang diumumkan berkaitan dengan moratorium bayaran balik pinjaman bank ialah untuk mereka yang tergolong daripada B40, M40 atau T20 dan usahawan mikro.

Apakah berita baik itu? Moratorium Automatik Pemulih, Portal Malaysia akan kongsikan maklumat terperinci ini kepada anda.

Apakah Moratorium Automatik PEMULIH?

Moratorium 6 bulan ini diberikan kepada semua peminjam individu, sama ada dari golongan B40, M40 atau T20, dan usahawan mikro.

Menurut pengunguman Perdana Menteri, tiada lagi syarat seperti pengurangan pendapatan, tiada semakan sama ada anda telah hilang pekerjaan dan tiada lagi dokumentasi yang perlu dikemukakan untuk permohonan.

Sebaliknya, para peminjam cuma perlu memohon & kelulusan bakal diberikan secara automatik.

Cara Mohon Moratorium B40, M40, T20 & PKS Untuk Semua Akaun Bank Mulai 7 Julai 2021 1
Cara Mohon Moratorium B40, M40, T20 & PKS Untuk Semua Akaun Bank Mulai 7 Julai 2021 2

Tarikh Permohonan


Permohonan akan dibuka pada 7 Julai 2021.

Tiada dokumen sokongan diperlukan untuk memohon moratorium ini. Anda cuma perlu untuk menghubungi bank anda bermula 7 Julai 2021.

Baca Juga: Program Prihatin Kasih – Bantuan RM100 Sebulan Untuk 3 Bulan

Borang Permohonan Moratorium 2021

Persatuan Perbankan dan Institusi Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) bersama-sama 19 bank lain memberikan tawaran borang permohonan moratorium dan penangguhan bayaran pinjaman bank rakyat maybank cimb Bank Islam RHB Alliance Bank BSN kepada semua peminjam untuk kebenaran tangguh bayaran pinjaman kereta, rumah dan juga pinjaman peribadi untuk b40 yang berkelayakan dan syarikat pks / sme yang terjejas semasa lockdown PKP 3.0

1) Kepada berminat untuk memohon secara manual tempoh penangguhan  dilanjutkan dengan cara terus dengan bank dan hubungi nombor hotline yang telah kami rangkumkan di jadual bawah ini bergantung kepada institusi perbankan yang anda pinjam.

Mereka pertimbangkan permohonan anda disituasi getir ini. Mereka sentiasa bersedia membantu meringankan beban anda pada ketika ini.

permohonan lanjutan bantuan pinjaman bank bersasar

Kesan Permohonan Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman

  1. Penangguhan ini dapat meningkat perbelanjaan boleh guna rakyat Malaysia untuk berbelanja barang keperluan di waktu yang kritikal ini tanpa perlu fikir bayar ansuran bulanan.
  2. Dapat mengelakkan paras Non performing Loan NPL (Pinjaman tak terbayar) melonjak tinggi yang bakal memberikan kesan besar kepada ekonomi Malaysia kelak.
  3. Mengurangkan masalah lambakan kereta kena tarik atau rumah lelong di Malaysia.
  4. Dapat mengurangkan tekanan kalangan peminjam di Malaysia pada waktu ketika wabak yang tidak pasti bila akan reda sepenuhnya.
  5. Tidak perlu sama sekali anda untuk bayar penalti pinjaman pembiayaan, faedah keuntungan mahupun caj lambat bayar ansuran bulanan sepanjang tempoh moratorium yang telah diberikan kepada anda.
  6. Jangan risau, jika anda mahu lanjut lagi tempoh penangguhan ia sama sekali tidak akan menjejaskan rekod CCRIS anda.

Anda boleh memilih untuk terus bayar, tiada masalah. Anda boleh terus membuat pembayaran ansuran seperti biasa ke atas pinjaman anda.

Maklumat Tambahan

Jangan lupa untuk rujuk bank masing-masing bagi membuar permohonan moratorium automatik pemulih untuk semua golongan bermula 7 Julai 2021.
Untuk maklumat lanjut, layari –  bnm.gov.my/RA

mybsn
BKM

Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3