Seperti yang diumumkan dalam belanjawan 2021, Kerajaan prihatin dengan keresahan rakyat terutamanya mereka yang mempunyai pinjaman dan terkesan COVID-19.
Sejak April hingga September lalu, Malaysia merupakan negara pertama di dunia memberi moratorium pinjaman secara automatik bagi meringankan beban semua peminjam.
Berikut ialah senarai kadar Moratorium 2021 yang terdapat dalam Belanjawan 2021 :
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Kadar Moratorium 2021
Bantuan Pembayaran Bersasar
🔍Dengan peralihan ke arah Bantuan Pembayaran Bersasar mulai 1 Oktober yang lepas, institusi perbankan telah terus menawarkan moratorium lanjutan dan lain-lain kaedah bantuan pembayaran.
🔍Lebih daripada 650 ribu permohonan bantuan pembayaran telah diterima, dengan kadar kelulusan tinggi iaitu 98 peratus.
🔍Bantuan dari segi pemanjangan moratorium atau fleksibiliti pembayaran balik telah diberikan kepada mereka yang kehilangan pekerjaan, serta kepada individu dan PKS yang pendapatannya terus terjejas oleh wabak COVID-19.
🔍Bank telah melaporkan bahawa sekitar 85 peratus peminjam telah meneruskan semula pembayaran pinjaman mereka tanpa meminta bantuan sejak moratorium automatik berakhir.
Penambahbaikan Bantuan Byaran Bersasar Kepada Peminjam Kategori B40
Institusi perbankan akan menambah baik Bantuan Bayaran Bersasar dengan jumlah pinjaman yang diluluskan sehingga 150 ribu ringgit kepada :
âś…Peminjam kategori B40 yang merupakan penerima BSH bakal penerima BPR dan;
âś…Perusahaan mikro
Peminjam dalam kategori ini akan diberi pilihan :
âž Opsyen 1: Menangguhkan ansuran bulanan selama 3 bulan; atau
âž Opsyen 2: Pengurangan ansuran bulanan sebanyak 50 peratus selama 6 bulan.
Peminjam yang layak hanya perlu menghubungi pihak bank untuk membuat pilihan opsyen dan menyempurnakan dokumentasi.
Di atas ialah kadar moratorium yang ditetapkan oleh Kerajaan dalam Belanjawan 2021 bagi meringankan beban semua peminjam yang terkesan oleh wabak COVID-19 yang menyebabkan kehilangan kerja atau kemerosotan dalam pendapatan PKS.