Home » Portal Rasmi » Moratorium Automatik Bank Pemerkasa Plus 3 Bulan Untuk B40, M40 & Golongan Terjejas

Moratorium Automatik Bank Pemerkasa Plus 3 Bulan Untuk B40, M40 & Golongan Terjejas

Moratorium Automatik Bank Pemerkasa Plus baru saja diumumkan oleh PM Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Perutusan Khas.

Pakej Stimulus PEMERKASA PLUS bernilai RM40 billion ini adalah untuk meransang ekonomi dan memberi bantuan meringankan beban rakyat Malaysia yang terpaksa menghadapi Total Lockdown bermula 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021.

Moratorium Bank

Maksud Moratorium adalah kebenaran untuk menangguhkan hutang pembayaran untuk tempoh tertentu.

Bermatlamatkan “Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat”, Pakej PEMERKASA PLUS ini menawarkan Bantuan Pinjaman Bank Bersasar (Opt In).

Antara kategori bantuan :

  • Moratorim pinjaman selama 3 bulan
  • Atau pengurangan bayaran ansuran sebanyak 50% selama 6 bulan

Intipati penuh Pakej Stimulus rujuk sini : PEMERKASA Plus – Bantuan PKP 3.0

moratorium bank pinjaman 3 bulan

moratorium-pkp-3-b40-m40

Kategori Kelayakan Moratorium Automatik PEMERKASA Plus +

Kategori 1 : Hilang Pekerjaan, B40 & M40 yang layak BSH (Bantuan Sara Hidup) atau BPR (Bantuan Prihatin Rakyat)

Jenis Bantuan Moratorium Bank :

  • Moratorium 3 bulan, Atau
  • Pengurangan bayaran ansuran sebanyak 50% selama 6 bulan

Moratorium automatik pemerkasa plus bank

Kategori 2 : Pendapatan Isi Rumah Berkurang (Gaji, elaun & komisen)

Jenis Bantuan Moratorium Bank :

  • Pengurangan ansuran bulanan selaras dengan pendapatan yang berkurangan.

jenis bantuan moratorium bank

Cara Mohon Moratorium Automatik Bank

Untuk permohonan moratorium PKP 3.0 ini, anda perlu hubungi bank anda masing-masing untuk ketahui proses permohonan yang lebih lanjut.

Di bawah adalah senarai link permohonan bagi setiap bank di Malaysia, klik link tersebut dan isi borang permohonan moratorium secara online :

  1. Moratorium Maybank : Permohonan
  2. Moratorium Public Bank : Permohonan
  3. Moratorium Affin Bank : Permohonan
  4. Moratorium CIMB : Permohonan
  5. Moratorium Bank Rakyat : Permohonan
  6. Moratorium Bank Muamalat : Permohonan
  7. Moratorium RHB : Permohonan
  8. Moratorium Bank Islam : Permohonan
  9. Moratorium BSN : Permohonan
  10. Moratorium Ambank : Permohonan
  11. Moratorium HSBC : Permohonan

Anda juga boleh rujuk lanjutan moratorium Maybank khas untuk B40, M40 & PKS.

Setiap bank telah menawarkan pakej bantuan moratorium bagi mengurangkan beban perbelanjaan & pinjaman akibat daripada wabak ini.

Moratorium M40 juga turut disediakan jika anda perlukan bantuan pakej ini.

FAQ Soalan Lazim

Siapa yang layak mohon moratorium bank untuk PEMERKASA Plus?

Peminjam B40, M40 & T20 serta penerima BSH atau BPR layak mendapat moratorium.

Bagaimanakah cara untuk mohon moratorium?

Untuk permohonan, peminjam perlu rujuk ke bank masing-masing. Sila rujuk website ini untuk dapatkan borang.

Berapakah tempoh moratorium automatik ini?

Dalam PEMERKASA Plus +, anda akan dapat bantuan moratorium automatik ini selama 3 bulan.

Maklumat Tambahan

Jika anda perlukan info yang lebih lanjut mengenai moratorium terkini, anda boleh layari https://www.bnm.gov.my/o/covid-19/ atau hunbungi bank masing-masing.

Disclaimers – Semua artikel admin share diatas sekadar panduan dan rujukan artikel related dengan “Moratorium Automatik Bank Pemerkasa Plus 3 Bulan Untuk B40, M40 & Golongan Terjejas” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan government agency atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua hebahan berpandukan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!