Home » Bantuan » Jom Mohon Zakat Selangor Peduli Untuk B40 Terjejas Akibat COVID19 Sehingga 10 Disember 2021

Jom Mohon Zakat Selangor Peduli Untuk B40 Terjejas Akibat COVID19 Sehingga 10 Disember 2021

Kepada warga Selangor yang layak digalakkan untuk memohon daftar dengan cepat kerana ianya terhad. Permohonan Zakar Selangor Peduli akan ditutup pada 10 Disember.

Bantuan Zakat Selangor Peduli ialah inisiatif Lembaga Zakat Selangor dalam membantu golongan yang terjejas akibat COVID-19 dan ianya berbeza dengan kebiasaan zakat.

Ianya khas untuk golongan B40 yang terjejas akibat pandemik dan bukan untuk asnah, fakir, miskin dan muallaf yang berdaftar dengan Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Ini bermakna, walaupun anda tidak tergolong sebagai penerima zakat atau asnaf, anda layak memohon selagi anda merupakan golongan B40 dan memenuhi kriteria.

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

Syarat-syarat Permohonan

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan

Pemohon hendaklah memenuhi syarat berikut:

  1. Beragama Islam.
  2. Warganegara atau pemastautin tetap (PR).
  3. Lahir dan menetap di Selangor / bermastautin dan masih menetap di negeri Selangor tidak kurang tiga (3) tahun (tidak tertakluk kepada asnaf Ibnu Sabil).
  4. Pemohon mestilah Ketua Keluarga bagi isi rumah.
  5. Memenuhi kriteria Had Kifayah yang ditetapkan oleh LZS iaitu pendapatan isi rumah kurang atau tidak sampai had mencukupi (Had Kifayah) bagi asnaf Fakir Miskin.

Kriteria terkesan akibat COVID-19 seperti berikut:

  1. Hilang pekerjaan / pendapatan (peniaga kecil / penjaja); atau
  2. Masih diarah cuti tanpa gaji; atau
  3. Masih bekerja dengan pemotongan gaji bulanan; atau
  4. Pemohon dalam proses menunggu pencen (kerajaan) / Pencen atau Bantuan Ilat / Pencen Penakat / Insuran/ Pengeluaran KWSP.
  5. Lain-lain

Baca juga: Bantuan Warga Emas RM500 Sebulan

Cara Mohon

Permohonan Zakat Selangor Peduli ini boleh diakses melalui pautan ini : Zakat Selangor Peduli

Maklumat Lanjut

Disclaimers – Bahan artikel kami kongsikan diatas hanyalah panduan tutorial dan rujukan ringkasan artikel berkaitan dengan “Jom Mohon Zakat Selangor Peduli Untuk B40 Terjejas Akibat COVID19 Sehingga 10 Disember 2021” ini sahaja. kami tidak ada kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan berasaskan sumber rasmi dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!