Mohon Zakat Program Tunas Usahawan Pulau Pinang 2022


Perhatian kepada para usahawan di negeri Pulau Pinang. Baru-baru ini, Zakat Pulau Pinang dengan kerjasama SME CORP Malaysia akan menganjurkan Program TUZPP. Tunas Usahawan Zakat Pulau Pinang (TUZPP) adalah sebuah program kerjasama oleh SME Corp dengan Zakat Pulau Pinang.

Program TUZPP yang bertujuan mengubah paradigma usahawan dan menambah baik taraf hidup dan menjana pendapatan jangka panjang golongan asnaf.

Baca juga:

Permohonan Dibuka:

Sebarang permohonan boleh dibuat bermula 28 Januari sehingga 4 Februari 2022.

Syarat Kelayakan: 

Berikut adalah syarat untuk memohon bantuan zakat Tunas Usahawan:

  1. Pemohon mestilah seorang warganegara Malaysia.
  2. Pemohon adalah beragama Islam.
  3. Pemohon mestilah berumur 18 hingga 46 tahun.
  4. Pemohon mestilah mempunyai lesen perniagaan SSM aktif.
  5. Pemohon mestilah tidak hamil / dalam tempoh berpantang.
  6. Pemohon mestilah sihat tubuh badan serta bebas alahan serius.
  7. Pemohon mestilah tidak pernah menjalani pembedahan / mengalami patah tulang.
  8. Pemohon mestilah tiada rekod jenayah / bankrap / dalam tindakan mahkamah.
  9. Hanya salah seorang sahaja daripada pertalian satu keluarga layak memohon.
  10. Pemohon mestilah tidak bekerja sama ada di dalam sektor awam atau sektor swasta
  11. Pemohon mestilah tidak pernah menyertai program ini sebelumnya.

Cara Permohonan:

Berikut merupakan cara-cara untuk memohon bantuan ini:

Langkah 1: Tekan pautan Borang Permohonan Peserta Tunas Usahawan Zakat (TUZ).

Langkah 2: Isi maklumat yang diperlukan dengan tepat.

Langkah 3: Hantar permohonan.


Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian whatsapp 01128724558 atau layari laman sesawang rasmi Bahagian Keusahawanan Asnaf, Zakat Pulau Pinang.

Disclaimers – Bahan yang admin kongsikan dihalaman ini hanyalah panduan dan rujukan artikel berkaitan dengan “Mohon Zakat Program Tunas Usahawan Pulau Pinang 2022” ini sahaja. kami tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala hebahan berasaskan sumber rasmi dan sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia