Home » Portal Rasmi » SPS Prihatin Wanita: Cara Mohon Caruman Untuk Usahawan Wanita RM163

SPS Prihatin Wanita: Cara Mohon Caruman Untuk Usahawan Wanita RM163

SPS Prihatin Wanita: Cara Mohon Caruman Untuk Usahawan Wanita RM163 2021

PERKESO menerusi PEMERKASA adalah Program KerjayaGig, Penambahbaikan Program Perantisan PenjanaKerjaya 2.0, Penambahbaikan Program Subsidi Upah 3.0 & SPS Prihatin Wanita.

Portal Malaysia ingin berkongsi lebih lanjut tentang SPS Prihatin Wanita PERKESO yang boleh didaftarkan mulai 1 April 2021.

Baca Juga: KerjayaGig PERKESO: Bantuan RM600 Untuk Pekerja Yang Mencari Kerja

Apakah SPS Prihatin Wanita?

Program SPS Prihatin Wanita (SPW) adalah sebuah insentif khusus buat usahawan wanita & wanita yang bekerja sendiri.

Melalui program ini, kerajaan akan membayar 70% caruman setahun iaitu RM163 manakala usahawan & wanita bekerja sendiri hanya membayar caruman RM69.80 setahun (30%) sahaja.

Kelebihan SPS Prihatin Wanita

Memberi perlindungan kepada orang berinsurans bekerja sendiri daripada bencana pekerjaan termasuk penyakit pekerjaan & kemalangan semasa menjalankan aktiviti pekerjaan.

Senarai kelebihan SPS Prihatin Wanita seperti dibawah:

Cara Pendaftaran

Bagi mendaftar, sila rujuk pautan ini: https://www.perkeso.gov.my/sksps

Dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran ialah:

  • Salinan Kad Pengenalan
  • Salinan Kad PSV / Profil e-hailing / Permit / Lesen / Sijil atau Surat Pengesahan dari Persatuan atau Agensi yang berkaitan tertakluk kepada jenis sektor yang dipilih.

Baca Juga: Bakul Prihatin Negara : Syarat & Cara Mohon Bantuan, Muat Turun Borang!

Kaedah Pembayaran Caruman

  1. Pembayaran caruman secara tahunan atau bulanan sahaja.
  2. Kaedah pembayaran secara tunai boleh dibuat di semua pejabat PERKESO berdekatan anda.
  3. Secara online melalui perbankan internet di https://matrix.perkeso.gov.my/

Baca juga:

Maklumat Lanjut

Rebutlah peluang ini! Jom sertai PenjanaGig sebelum 31 Disember bagi yang layak perlindungan tambahan selama setahun di bawah SPS Lindung manakala permohonan untuk SPW boleh dibuat mulai 1 April 2021.

Anda boleh layari https://www.perkeso.gov.my/

Penafian – Bahan yang admin kongsikan diatas hanyalah panduan tutorial dan ringkasan artikel berkaitan dengan “SPS Prihatin Wanita: Cara Mohon Caruman Untuk Usahawan Wanita RM163” sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala hebahan berpandukan sumber official dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!